Macam mana jadual Piala FA untuk edisi kali ini? Berapa pasukan yang bertanding dan mengambil bahagian? Adakah akan ada tayangan siaran langsung untuk setiap perlawanan yang diadakan sepanjang kejohanan?
Jangan risau! Disini kami sediakan untuk anda segala informasi berkaitan saingan Piala FA untuk musim 2024/2025. Antara kejohanan yang berada dalam kempen Liga Malaysia kali ini akan bermula dari 12 Jun 2024 sehingga perlawanan final yang dijadualkan pada Ogos 2024.
Untuk kempen kali ini terdapat 16 pasukan kesemuanya yang mengambil bahagian dan saingan awal akan bermula daripada Pusingan 16 (Round of 16). Diikuti peringkat suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir.
Sama seperti edisi-edisi sebelumnya dimana saingan Piala FA merupakan kejohanan kali mati. Untuk pusingan 16, ianya diadakan format kalah mati satu perlawanan sahaja. Manakala suku akhir dan separuh akhir diadakan secara timbal balik (home & away). Final satu perlawanan.
Jadi pasukan manakah yang bakal menjuarai Piala FA 2024/2025 kali ini? Adakah JDT mampu untuk mengekalkan kejuaraan sekali gus melengkapkan hatrik kejuaraan? Atau ada pasukan baru yang memenanginya kali ini?
Contents
Senarai Pasukan Yang Bertanding Dalam Piala FA 2024/2025
Terdapat 16 pasukan yang bertanding dalam Piala FA 2024/2025, 13 daripadanya adalah pasukan Liga Super dan 3 pasukan liga amatur dalam saingan Liga A1. Undian juga telah dibuat untuk setiap perlawanan.
1. 13 pasukan Liga Super
- Johor Darul Ta’zim FC (JDT)
- Kedah Darul Aman FC
- Kelantan Darul Naim FC (KDN)
- Kuala Lumpur City FC (KL City)
- Kuching City FC
- Negeri Sembilan FC
- PDRM FC
- Penang FC
- Perak FC
- Sabah FC
- Selangor FC
- Sri Pahang FC
- Terengganu FC
2. 3 pasukan Liga A1
- Kuala Lumpur Rovers FC
- Bukit Tambun FC
- Malaysian University FT

Undian Awal Piala FA 2024/205
8 kelab ‘seeded’ iaitu JDT, Selangor, Sri Pahang, KL City, Terengganu dan PDRM yang berada di top 8 Liga Super 2023 PDRM telah diundi bertemu 5 kelab terbawah termasuk tiga pasukan Liga A1 iaitu Negeri Sembilan, Penang, Perak, Kelantan, Kuching City, Kuala Lumpur Rovers FC, Bukit Tambun FC dan Malaysian University FT.

Siaran Langsung Piala FA 2024/2025
Secara keseluruhan, terdapat 21 perlawanan yang bakal berlangsung sepanjang saingan Piala FA untuk musim kali ini. Jadi selain di stadium, penyokong dan peminat bola sepak juga boleh saksikan perlawanan yang ditayangkan di kaca tv.
Anda boleh saksikan perlawanan Piala FA tahun ini menerusi saluran Astro Arena (801), Astro Arena 2 (802) Astro Arena Bola (803) dan Astro Arena Bola 2 (804) dan secara online di Astro Go. Juga tersedia secara live streaming di platform Sooka.
Manakala untuk tayangan di RTM, terdapat 8 perlawanan yang akan ditayangkan secara langsung iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, anda juga boleh live streaming di RTM Klik secara percuma.
Jadual Piala FA & Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan info penuh berkaitan jadual Piala FA 2024/2025 yang bermula dari 12 Jun 2024. Manakala untuk keputusan perlawanan pula, akan dikemaskini dari semasa ke semasa termasuk untuk pusingan seterusnya.
Pusingan 16
12 Jun 2024 (Rabu)
- FT : PDRM (0) – (3) Malaysia Universiti FT – 8.15 pm | TV Okey, Arena Bola
14 Jun 2024 (Jumaat)
- AET : KL City (2) – (3) Kuching City – 6.30 pm | Arena Bola 2
- AET : Sri Pahang (1) – (1) Penang [Pen: 3-4] – 8.15 pm | Arena Bola
- FT : Terengganu (2) – (1) Perak – 9.00 pm | TV Okey, Astro Arena
- FT : Kedah (5) – (0) Bukit Tambun – 9.00 pm | Astro Arena 2
15 Jun 2024 (Sabtu)
- FT : Selangor (4) – (0) Negeri Sembilan – 5.30 pm | Arena Bola 2
- FT : Sabah (7) – (0) KL Rovers – 8.15 pm | TV Okey, Astro Arena
- FT : JDT (4) – (0) Kelantan – 8.15 pm | Arena Bola
Suku Akhir
First Leg |
28 Jun 2024 (Jumaat)
- FT : Penang (0) – (1) Kedah – 8.15 pm | TV Okey, Arena Bola 2
- FT : Terengganu (4) – (0) Sabah – 9.00 pm | Arena Bola
29 Jun 2024 (Sabtu)
- FT : Malaysia Universiti FT (0) – (5) JDT – 5.30 pm | Arena Bola 2
- Kuching City vs Selangor – 8.15 pm | Arena Bola
Second Leg |
5 Julai 2024 (Jumaat)
- FT : JDT (8) – (0) Malaysia Universiti FT (Agg: 13-0) – 8.15 pm | Arena Bola 2
- FT : Kedah (0) – (0) Penang (Agg: 1-0) – 9.00 pm | Arena Bola
6 Julai 2024 (Sabtu)
- FT : Sabah (0) – (3) Terengganu (Agg: 0-7) – 7.15 pm | Arena Bola 2
- AET : Selangor (3) – (2) Kuching City [Pen:5-3] (Agg: 4-4) – 9.00 pm | Arena Bola
Separuh Akhir
First Leg |
19 Julai 2024 (Jumaat)
- FT : Kedah (1) – (2) JDT – 8.15 pm | Arena Bola
- FT : Terengganu (3) – (2) Selangor – 9.00 pm | Arena Bola 2, TV Okey, Sukan RTM
Second Leg |
3 Ogos 2024 (Jumaat)
- FT : Selangor (4) – (1) Terengganu (Agg: 6-4) – 9.00 pm | Arena Bola 803
4 Ogos 2024 (Sabtu)
- FT : JDT (3) – (0) Kedah (Agg: 5-1) – 8.15 pm | Arena Bola 803, Sukan RTM
Final
- JDT vs Selangor
5 thoughts on “Jadual Piala FA 2024/2025 – Siaran Langsung, Live Streaming & Keputusan”