Siaran Langsung Sabah vs Terengganu Piala FA 2024 (Live Streaming)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
sabah vs terengganu

Perhitungan kali kedua akan berlangsung antara Terengganu vs Sabah dalam saingan Piala FA 2024/2025 dan kali ini untuk perlawanan timbal balik kedua pula.

BACA JUGA : Jadual Penuh Piala FA 2024/2025

Seperti dijadualkan, ianya akan berlangsung pada 6 Jun 2024, bersamaan pada hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 7.15 malam bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Peminat kedua-dua pasukan termasuk peminat bola sepak tempatan, boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi Astro Arena Bola 2 beserta di TV Okey dan Sukan RTM.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming sama ada menggunakan aplikasi Sooka atau menerusi platform RTM Klik secara percuma.

Pertemuan First Leg Sabah vs Terengganu

Adakah Sabah mampu bangkit dalam perlawanan ini untuk menidakkan kemaraan Terengganu ke pusingan seterusnya pada malam perlawanan nanti?

Ini kerana, Terengganu kini berkelebihan 4 gol berbanding Sabah tiada sebarang bekalan yang dibawa daripada Kuala Terengganu sebelum ini.

Tidak semena-mena Sabah dibelasah oleh Terengganu di tempat lawan apabila tewas empat gol tanpa balas. Tidak boleh tidak, Sabah perlu cari 5 gol selepas ini tanpa dibolosi.

Adakah anak-anak Dato Ong Kim Swee mampu untuk mempergunakan kelebihan bermain di halaman sendiri untuk mencari gol kemenangan nanti?

Pemenang bagi perlawanan ini akan bertemu sama ada Selangor atau Kuching City yang juga membuat perhitungan pada hari yang sama.

Keputusan Perlawanan

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan Sabah vs Terengganu untuk aksi timbal balik kedua suku akhir Piala FA pada 6 Jun 2024 ini.

FT : Sabah (0) – (3) Terengganu [Pen: 0-7]

  • Safawi Rasid 10′
  • Akhyar Rashid 43′
  • Marin Piji 88′

Masa : 7.15 malam
Venue : Stadium Likas
TV : Arena Bola 2, TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

You Might Also Like

Leave a Comment