Selepas beberapa perlawanan dalam saingan Piala FA telah berlangsung, kini tiba giliran pertembungan antara Selangor vs Negeri Sembilan juga dalam pusingan 16 terbaik.
Perlawanan ini akan berlangsung pada 15 Jun 2024, hari Sabtu bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dengan waktu sepak mula pada belah petang iaitu pada 5.30 petang.
BACA JUGA : Jadual Penuh Dan Keputusan Piala FA 2024/2025
Nampaknya kedua-dua pasukan ini bakal membuat perhitungan sekali lagi dan kali ini dalam saingan kalah mati Piala FA. Ini kerana kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sebelum ini.

Pada Mei yang lalu, Selangor telah menerima kunjungan Negeri Sembilan buat kali pertama dalam musim 2024/2025 iaitu dalam saingan Liga Super.
Perlawanan tersebut menyaksikan Selangor tidak melepaskan peluang untuk mengutip 3 mata penuh apabila membelasah Negeri Sembilan dengan keputusan penuh 4-0.
Kali ini mereka bertemu sekali lagi dan di tempat dan venue yang sama. Adakah Selangor sekali lagi akan membuatkan Negeri Sembilan berputih mata? Atau skuad Jang Hobing dapat melakukan magis di MBPJ?
Pemenang untuk perlawanan ini akan bertemu Kuching City di pusingan suku akhir. Mereka berjaya menumpaskan KL City dalam aksi yang diheret ke masa tambahan dengan kemenangan 3-2.
Siaran Langsung Selangor vs Negeri Sembilan – Live Streaming
Jadi jangan lupa perlawanan pada belah petang menyaksikan perlawanan antara Selangor vs Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 15 Jun 2024 bertempat di Stadium MBPJ.
Bagi yang menonton secara langsung di kaca tv, anda boleh saksikan di saluran Astro Arena Bola 2 (CH 804) secara boleh tonton secara live streaming di platform Sooka.
Keputusan Perlawanan
FT : Selangor (4) – (0) Negeri Sembilan
- Yohandry Orozco 7′, 15′
- Alvin Fortes 45′, 67′
Masa : 5.30 petang
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : Arena Bola 2
Live Streaming : Sooka
2 thoughts on “Piala FA 2024: Siaran Langsung Selangor vs Negeri Sembilan (Live Streaming)”