Siaran Langsung Selangor vs Kuching City Piala FA 2024 (Live Streaming)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
kuching city vs selangor

Perlawanan Selangor vs Kuching City akan berlangsung sekali lagi dalam saingan Piala FA untuk pusingan suku akhir ini iaitu bagi timbal balik kedua (second leg)

Seperti yang dijadualkan, ianya akan berlangsung pada 6 Julai 2024, bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kini giliran Selangor menjadi tuan rumah.

Orang ramai yang menonton di rumah boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (803) atau secara live streaming di Sooka.

Contents

Pertemuan First Leg Selangor vs Kuching City

Pasti ramai yang tidak menyangka apabila Kuching City menjadi pasukan pertama yang berjaya mengalahkan Selangor menerusi perlawanan di atas padang pada musim kali ini.

Ianya berlaku ketika perlawanan timbal balik pertama (first leg) sebelum ini yang dimainkan di Stadium Negeri di Kuching, Sarawak.

Tuan rumah berjaya meleburkan rentak kemenangan The Red Giant apabila menang 2-1 dalam tempoh 90 minit. Ini bermakna, mereka membawa bekalan kelebihan 1 gol ketika bertandang di MBPJ pada Sabtu ini.

BACA JUGA : Selangor Tumpaskan Negeri Sembilan Di Aksi Pusingan 16 Piala FA

Selangor juga pastinya tidak ingin tewas kepada tangan Kuching City. Dihadapan ribuan penyokong yang hadir nanti, pastinya akan memberikan tonik tambahan kepada setiap pemain yang beraksi.

Pemenang dalam perlawanan ini akan bertemu antara Sabah dan Terengganu yang juga turut bermain pada hari yang sama.

Jadual & Keputusan Perlawanan

Dapatkan keputusan perlawanan antara Selangor vs Kuching City yang akan berlangsung pada 6 Julai 2024 bertempat di Stadium MBPJ

AET : Selangor (3) – (2) Kuching City [Pen: 5-3] (Agg: 4-4)

  • Nur Shamie Iszuan 15′
  • Ahmad Zikri Khalili 27′
  • Alvin Fortes 39′, 90+4′
  • Alif Hassan 90+5′

Masa : 9.00 malam
Tempat : Stadium MBPJ
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

29 Julai 2024 (Sabtu)

FT : Kuching City (2) – (1) Selangor

  • Ronnie Fernandez 31′
  • James Okwuosa 45+4′
  • Jordan Mintah 64′

Masa : 8.15 malam
Tempat : Stadium Negeri
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

You Might Also Like