Saingan Piala FA 2024/2025 diteruskan lagi dan pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan apabila mempertemukan JDT vs Kelantan dalam aksi terakhir pada hari ketiga dalam saingan kali ini.
Untuk pusingan 16 terbaik ini, kesemua perlawanan dimainkan secara kalah mati satu perlawanan sahaja. Jadi pasukan yang menang akan mara ke pusingan suku akhir. Yang tewas akan terkeluar dari kejohanan.
Perlawanan antara JDT vs Kelantan Darul Naim ini akan berlangsung pada 15 Jun 2024, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri. Pasukan yang menang akan bertemu Malaysian Universiti FT di suku akhir.
BACA JUGA : Jadual Penuh Piala FA 2024/2025
Setakat ini untuk musim baru, kedua-dua pasukan ini masih belum bertemu. Jadi ini merupakan pertembungan kali pertama untuk tahun ini. Jadi kita bakal dapa tahu pasukan manakah yang lebih handal.
Akan tetapi, kedua-dua pasukan ini sebenarnya mempunyai nasib yang berbeza sejak awal musim terutamanya dalam saingan liga. Masing-masing dengan tiga perlawanan awal.

JDT sejak musim baru bermula, mereka masih belum tewas dengan mengutip mata maksimum. Berbeza dengan KDN FC apabila setakat 3 perlawanan liga, mereka masih belum menang dalam mana-mana perlawanan.
Ini cubaan kali keempat untuk Kelantan mencari kemenangan pertama. Tetapi sepertinya usaha itu sedikit agak sukar apabila perlu berhadapan dengan juara bertahan, JDT terlebih dahulu.
Adakah ketua jurulatih dari Korea, Park Jae Hong mampu untuk merancana sesuatu bagi mengekang kemaraan penyerang JDT dan mengambil peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan nanti?
Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan pertemuan JDT vs Kelatan dalam saingan Piala FA kali ini. Adakah JDT mampu untuk terus mara atau Kelantan berjaya mencipta magis dalam perlawanan nanti?
Siaran Langsung JDT vs Kelantan – Live Streaming
Selain menyaksikan perlawanan ini secara live di stadium, orang ramai juga boleh menonton di kaca tv yang mana akan dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (803) atau secara online di Astro Go.
Selain itu, bagi yang tiada Astro, boleh tonton secara live streaming di platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pas sukan berharga RM26.90 sebulan.
Jadula & Keputusan Perlawanan
Ini merupakan perlawanan antara JDT vs Kelantan Darul Naim dalam aksi pusingan 16 saingan Piala FA 2024/2025 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.
15 Jun 2024 (Sabtu)
FT : JDT (4) – (0) Kelantan
- Fernando Forestieri 45′
- Romel Morales 62′
- Francisco Geraldes 82′
- Arif Aiman 90+4′ (P)
Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka
macam mana nsk join