Perlawanan kedua hari ini untuk timbal balik kedua saingan suku akhir Piala FA 2024/2025 adalah mempertemukan Kedah vs Penang.
Perlawanan ini akan berlangsun selepas beberapa jam sepak mula JDT vs Malaysian University iaitu pada pukul 9.00 malam, 5 Julai 2024 bersamaan hari Jumaat.
BACA JUGA : Jadual Penuh Suku Akhir Piala FA 2024
Jadi pasukan manakah agaknya akan layak ke semi final yang mana bakal bertemu antara pemenang JDT dan Malaysian University nanti.

Perlawanan ini anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara live streaming di Sooka.
Perlawanan Timbal Balik Pertama Kedah vs Penang
Inilah dikatakan dengan sebagai ‘derby Utara’ dimana mempertemukan dua pasukan yang berpengkalan di bahagian utara negara antara Kedah Darul Aman dan Penang.
Pada perlawanan timbal balik pertama sebelum ini, Penang tidak berjaya memanfaatkan bermain di halaman sendiri apabila melepaskan 1 gol kepada Kedah.
Kali ini pula, mereka akan bermain di Darul Aman yang mana Kedah pula sebagai tuan rumah. Berbekalkan dengan 1 gol pastinya memberikan sedikit kelebihan kepada mereka.
Penang jika ingin melayakkan diri ke pusingan separuh akhir, mereka perlu menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol, tetapi mestilah tanpa dibolosi.
Jadual & Keputusan Perlawanan
Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan second leg suku akhir Piala FA 2024/2025 antara Kedah vs Penang yang berlangsung pada 5 Julai ini bertempat di Stadium Darul Aman.
FT : Kedah (0) – (0) Penang (Agg: 1-0)
Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Darul Aman
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka