Info Kelayakan Piala Dunia: Siaran Langsung Malaysia vs Chinese Taipei (Live Streaming)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
malaysia vs chinese taipei

Perlawanan Malaysia vs Chinese Taipei merupakan penentuan bagi skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 kali ini. Adakah berjaya mara ke pusingan seterusnya atau perlu lupakan hasrat ke FIFA World Cup nanti.

Hampir 6 bulan perlawanan kelayakan Piala Dunia ini berlangsung dan kini tiba untuk perlawanan terakhir. Untuk kumpulan D yang mana juga melibatkan pasukan negara, ianya akan berlangsung pada 11 Jun 2024 (Selasa) bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Setakat lima perlawanan, hanya Oman yang sudah menempah tiket ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dan sah secara automatik ke Piala Asia 2027. Kini ada satu lagi tempat, sama ada dipenuhkan oleh Kyrgyzstan atau Malaysia.

BACA JUGA : Malaysia Seri Berdepan Kyrgyzstan Di Bishkek

Jika dilihat di atas kertas, agak sukar untuk skuad Kim Pan Gon menduduki tempat kedua dalam kumpulan D. Kyrgyzstan dengan 10 mata, manakala Malaysia ditangga ketiga dengan 7 mata. Tidak boleh tidak, Malaysia perlukan juga bantuan daripada pasukan lain juga.

Cara Malaysia Untuk Mara Ke Peringkat Seterusnya

Untuk perlawanan terakhir, Oman akan bertemu Kyrgyzstan di tempat sendiri. Dalam situasi lain, Malaysia akan melayan kunjungan Chinese Taipei. Kini hanya 3 mata yang membezakan Kyrgyzstan dan Malaysia. Tetapi perbezaan gol akan ketara.

Malaysia tidak boleh tidak wajib perlu menang keatas Chinese Taipei dan Oman peru tewaskan Kyrgyzstan. Akan tetapi situasi tersebut, masih belum mempastikan lagi Harimau Malaya mampu untuk lolos ke pusingan seterusnya adalah disebabkan perbezaan gol.

Paling minimum, Oman tumpaskan Kyrgyzstan dengan 1-0 sahaja, manakala mengharapkan Malaysia mampu untuk menjaringkan sehingga 8 gol tanpa balas bertemu Chinese Taipei. Dengan itu, barulah Malaysia mampu untuk pintas dan menamatkan saingan di tangga kedua. Jika berlaku pada mana-mana perubahan keputusan, agak sukar sebenarnya.

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Chinese Taipei

Perbandingan dibuat berdasarkan rangking FIFA, Malaysia yang berada di tangga ke-138 tidak berdepan masalah bertemu Chinese Taipei yang kini menduduki tangga ke-159. Lagi pula, pada perlawanan pertama sebelum ini, Malaysia menang ke atas lawan tersebut.

Akan tetapi, adakah skuad kebangsaan kali ini mampu untuk kenduri gol. Chinese Taipei merupakan satu-satunya pasukan dalam kumpulan D yang masih belum mengumpul sebarang mata. Mungkin kali terakhir ini, mereka akan mencipta magis, sekurang-kurangnya bawa balik 1 mata?

Siaran Langsung Malaysia vs Chinese Taipei (Live Streaming)

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi terakhir bagi pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia vs Chinese Taipei pada 11 Jun 2024, hari Selasa, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua jurulatih, Kim Pan Gon omptimis anak-anak buahnya mampu untuk mara ke pusingan seterusnya. Dengan itu juga, sokongan penonton juga diperlukan. Jadi datang beramai-ramai pada malam perlawanan nanti dan dapatkan tiket segera.

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, boleh tengok di rumah juga. Seperti biasa, perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 atau secara online di platform Sooka.

Selain itu, untuk yang tiada Astro, boleh saksikan di saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Juga disediakan tontonan secara live streaming di RTM Klik sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Boleh strim secara percuma.

11 Jun 2024 (Selasa)

FT : Malaysia (3) – (1) Kyrgyzstan

  • Yu Yao Hsing 20′
  • Safawi Rasid 53′
  • Paulo Josue 69′
  • Adib Ra’op 90+6′

Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jlil
TV : Astro, RTM
Live Streming : Sooka, RTM Klik

You Might Also Like

Leave a Comment