F1 Kembali Ke Sepang Selepas 17 Tahun

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
f1 kembali ke malaysia

Perlumbaan F1 kembali mewarnai Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini apabila Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bagi Grand Prix Bahrain.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi kenyataan rasmi Formula 1 yang memaklumkan bahawa penganjuran itu masih tertakluk kepada pemeteraian perjanjian akhir antara semua pihak yang terlibat.

Menurut kenyataan berkenaan, perlumbaan itu akan menggunakan nama rasmi Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia dan dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Oktober 2026.

f1 kembali ke sepang

Sepang sebelum ini menjadi lokasi Grand Prix Malaysia dari tahun 1999 hingga 2017. Namun, perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1 selepas kos penganjuran serta yuran pelesenan terus meningkat.

BACA JUGA : Kalendar F1 Sepanjang Tahun 2026

Desas-desus mengenai kemungkinan F1 kembali ke dan menjadi sebahagian daripada kalendar kejohanan mula timbul susulan konflik ketenteraan melibatkan Amerika Syarikat dan Iran yang menyebabkan Grand Prix Bahrain serta Arab Saudi ditangguhkan.

F1 Kembali Bergegar Di Malaysia

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Salman bin Hamad Al-Khalifa, serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, atas keyakinan mereka memilih Malaysia sebagai lokasi penganjuran Grand Prix Bahrain.

Beliau berkata, Malaysia bersedia menyediakan kemudahan bertaraf dunia, kecekapan dalam pengurusan operasi serta layanan mesra yang menjadi identiti negara kepada semua pasukan dan peminat yang hadir dari pelbagai negara.

Anwar turut menegaskan bahawa kerjasama tersebut bukan sekadar membabitkan penganjuran sebuah acara sukan bertaraf dunia, malah melambangkan hubungan persahabatan yang kukuh, kepercayaan bersama serta kerjasama erat antara Malaysia dan Bahrain. Pada masa sama, ia membuktikan keupayaan Malaysia untuk terus menjadi tuan rumah kepada acara antarabangsa berskala besar.

Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia bersedia mengalu-alukan kepulangan Formula 1, FIA (Persekutuan Automobil Antarabangsa), semua pasukan serta penyokong dari seluruh dunia ke Litar Antarabangsa Sepang.

Sementara itu, Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem berkata, penganjuran Grand Prix Bahrain 2026 di Sepang mencerminkan kerjasama antarabangsa yang kukuh selain mengiktiraf peranan penting Malaysia dalam sejarah Formula 1.

Stefano Domenicali pula menyifatkan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah membuktikan keupayaan Formula 1 menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi, di samping membawa semula peminat ke salah satu litar paling ikonik dalam sukan permotoran dunia.

F1 kembali? Anda teruja? Kongsikan dengan kami di ruangan komen dibawah

Sumber : FMT

You Might Also Like

1 thought on “F1 Kembali Ke Sepang Selepas 17 Tahun”

Leave a Comment