Kini tiba hari kedua kejohanan dan dengan itu juga tiba giliran pasukan negara untuk beraksi. Bakal berlangsung perlawanan Myanmar vs Malaysia dalam kejohanan ASEAN Hyundai Cup 2026.
Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 25 Julai 2026, hari Sabtu bertempat di Stadium Thuwunna, Yangon Myanmar dengan waktu sepak mula pada pukul 6.00 petang untuk waktu Malaysia.
Ini merupakan perlawanan ketiga selepas dimana 2 perlawanan sebelumnya telah berlangsung melibatkan pertembungan antara Kemboja bertemu Singapura dan Timor-Leste berhadapan dengan Vietnam.
Ini juga merupakan perlawanan pembukan bagi Kumpulan A yang mana Myanmar telah diundi menjadi tuan rumah untuk perlawanan ini. Ini sedikit sebanyak pasti akan memberi kelebihan kepada pasukan tersebut.
Untuk rekod head-to-head, menariknya kedua-dua pasukan memperoleh jumlah statistik yang sama dimana 7 menang, 6 seri dan 7 kalah. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada tahun 2022 dimana Malaysia menang 1-0 terhadap Myanmar.
Siaran Langsung Myanmar vs Malaysia
Umum ketahui, untuk edisi 2026, Malaysia tidak mempunyai hak penyiaran, sekali gus tiada tayangan rasmi secara langsung di kaca tv baik menerusi saluran RTM, mahupun Astro.
BACA JUGA : Tonton Live Streaming Di RCTi+ dan Youtube ASEAN United FC
Akan tetapi, peminat bola sepak tanah air khususnya boleh live streaming di platform RCTi+ atau menerusi laman Youtube ASEAN United FC dengan sambungan VPN.






