Siaran Langsung Live Streaming Kyrgyzstan vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
kyrgyzstan vs malaysia

Mereka sekali lagi akan membuat perhitungan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dimana mempertemukan Kyrgyzstan vs Malaysia yang bakal berlangsung sepanjang dalam kelandar FIFA kali ini.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 6 Jun 2024, hari Khamis bertempat di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek. Kini sudah memasuki pusingan kedua untuk peringkat kumpulan dan ini merupakan perlawanan kelima dalam kumpulan D.

Sejarah Perlawanan

Setakat empat perlawanan sebelum ini, tuan rumah, Kyrgyzstan telah memenangi tiga daripadanya dan tewas sekali iaitu ketika bertandang ke Bukit Jalil pada perlawanan pertama. Meskipun begitu, mereka kini mengguli carta dengan 9 mata.

Berbeza dengan Malaysia, meskipun bermula dengan agak baik pada awalnya, tiba-tiba sahaja mereka hilang arah. Setakat ini, dengan jumlah perlawanan yang sama, skuad Harimau Malaya hanya menang dua kali dan tewas dua kali.

Sejarah Pertembungan Kyrgyzstan vs Malaysia

Jika dilihat dari segi rangking FIFA, Kyrgyzstan berada di jauh lebih tinggi iaitu di tangga ke-94 berbanding 138 untuk pasukan Malaysia. Meskipun begitu, anak-anak buah Kim Pan Gon berjaya menumbangkan pasukan tersebut pada perlawanan pertama dengan jaringan 4-3.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini hanya pernah bertemu sebanyak dua kali sahaja. Terakhir adalah dalam kempen Kelayakan Piala Dunia ini. Manakala kali pertama adalah dalam perlawanan persahabatan pada tahun 2018 apabila Malaysia tewas 0-1.

Malaysia Perlu Menang

Berbeza dengan nasib Kyrgyzstan, Malaysia perlu menang dan dapat 3 mata penting dalam perlawanan ini untuk menghidupkan peluang bermain di Piala Asia 2027 secara automatik serta meneruskan dan layak ke peringkat seterusnya kelayakan Piala Dunia 2026 di pusingan ketiga.

Mungkin dilihat sedikit agak sukar, apabila FAM sebelum ini mengumumkan dua tonggak utama Faisal Halim dan Arif Aiman tidak dapat menyertai pasukan kali ini akibat kecederaan. Kini semuanya bergantung kepada pemain-pemain dan muka baru yang dipanggil oleh KPG.

Ataupun sekurang-kurangnya membawa pulang 1 mata dengan meraih keputusan seri ketika bertandang di tempat lawan nanti. Kemudian mengharapkan juga kemenangan ketika bertemu Chinese Taipei dan kekalah antara pasukan Oman dan Kyrgyzstan.

Siaran Langsung Kyrgyzstan vs Malaysia – Live Streaming

Pada perlawanan pertama, kita menjadi tuan rumah dengan melayan kunjungan pasukan lawan. Untuk pusingan kedua, kini Kyrgyzstan pula akan melayan kunjungan pasukan Malaysia untuk perlawanan kelima kejohanan.

Jadi untuk yang tidak berkesempatan ke Kyrgyzstan, jangan risau. Ini kerana sama seperti sebelumnya bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 akan ditayangkan siaran langsung di kaca tv. Jadi boleh tonton di rumah sahaja.

Anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 atau secara online di Astro Go. Manakala untuk tayangan di RTM adalah menerusi saluran TV Okey (Astro 146 dan MYTV 110). Di RTM, tidak perlu langganan tambahan.

Manakala bagi anda yang ingin menonton secara live streaming, anda boleh menggunakan platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Kalau nak strim secara percuma, boleh menggunakan platform RTM Klik.

Seperti biasa, pihak Jabatan Belia & Sukan Negara (JBSN) turut akan menyediakan tayangan skrin besar untuk orang ramai menonton dan menyaksikan perlawanan ini beramai-ramai. Terdapat 16 lokasi disetiap negeri di seluruh negara.

Jadual & Keputusan Terkini

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan kedua terakhir dalam kempen Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia antara Kyrgyzstan vs Malaysia yang akan berlangsung pada 6 Jun 2024 bertempat di bandar terbesar Kyrgyz iaitu di Bishkek

FT : Kyrgyzstan (1) – (1) Malaysia

  • Gulzhigit Alykulov 24′ 
  • Valery Kichin 38′ (OG) 

Masa : 11.00 malam (MYT)
Venue : Stadium Dolen Omurzakov
Tayangan TV : Astro, RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

You Might Also Like

1 thought on “Siaran Langsung Live Streaming Kyrgyzstan vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia”

Leave a Comment