Buriram United vs JDT bakal menjadi salah satu perlawanan menarik dalam pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACLE) 2024/2025. Perlawanan ini adalah antara lapan perlawanan yang berlangsung dalam fasa kalah mati kejohanan berprestij ini.
Contents
Perlawanan Timbal Balik
Perlawanan round of 16 ACLE ini akan berlangsung secara timbal balik, memberikan peluang sama rata kepada kedua-dua pasukan untuk menunjukkan kehebatan mereka di gelanggang sendiri.
Perlawanan pertama akan diadakan pada 4 Mac 2025 bertempat di Chang Arena, Buriram, Thailand dengan sepak mula pada pukul 10.00 malam waktu Malaysia. Sementara itu, aksi timbal balik akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 11 Mac depan
Pasukan yang berjaya mencatat kemenangan secara agregat akan mara ke pusingan suku akhir, semakin menghampiri impian untuk menjadi juara Asia!
Rekod Perlawanan & Keinginan Memburu Kemenangan
Menariknya, Buriram United dan JDT sudah pun bertemu sebelum ini dalam peringkat kumpulan untuk Zon Timur. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pasukan hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0.
Namun, kali ini situasinya berbeza. Kedua-dua pasukan pasti tidak mahu terikat dengan keputusan seri lagi kerana hanya satu pasukan akan layak ke pusingan seterusnya.
JDT yang terkenal dengan dominasi di Liga Malaysia pasti mahu mengukuhkan nama mereka di pentas Asia, manakala Buriram United yang merupakan gergasi bola sepak Thailand tidak mahu melepaskan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri dalam perlawanan pertama ini.
Siaran Langsung Buriram United vs JDT
Bagi peminat bola sepak yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan aksi hebat ini, siaran langsung perlawanan Buriram United vs JDT boleh ditonton melalui Astro Arena Bola 803. Selain itu, peminat juga boleh menonton secara live streaming di Sooka.
Perlawanan ini bakal menjadi pertarungan sengit antara dua kelab terbaik Asia Tenggara yang masing-masing mahu membuktikan kehebatan mereka di pentas Asia. Masing-masing bakal mempamerkan barisan pemain terkuat
Adakah JDT mampu membawa pulang keputusan positif dari Buriram? Atau Buriram United akan memanfaatkan kelebihan gelanggang sendiri? Sama-sama kita nantikan aksi menarik ini!
Keputusan Perlawanan
FT : Buriram United (0) -(0) JDT
Masa : 10.00 Malam
Venue : Chang Arena
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka
1 thought on “Siaran Langsung Buriram United vs JDT Di ACLE – Round Of 16”