Siaran Langsung JDT vs Buriram United Live Streaming ACLE 2024

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
jdt vs buriram united

Satu perlawanan epik bakal berlangsung apabila JDT vs Buriram United iaitu wakil Thailand bertemu dalam aksi keenam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACLE) 2024 untuk zon Timur.

Pertemuan ini menjadi tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara kerana ia melibatkan dua kelab gergasi serantau yang memiliki reputasi hebat.

Perlawanan akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor, pada Selasa, 3 Disember 2024.

Ini adalah perlawanan penting yang boleh menentukan pasukan mana yang berhak untuk terus bersaing di pentas Asia. Sepak mula dijadualkan pada 8.00 malam.

JDT vs Buriram United: Pertembungan Bersejarah

Musim ini menandakan kali pertama JDT vs Buriram United bertembung dalam ACLE. Walaupun mereka pernah bertemu pada tahun 2017 dalam perlawanan persahabatan, keputusan itu tidak mencerminkan kekuatan sebenar kedua-dua pasukan.

Kini, dengan tiga mata penting menjadi rebutan, perlawanan ini dijangka sengit dan mendebarkan.

Perlawanan ini juga menjadi medan pertemuan menarik antara Dion Cools, pemain kebangsaan Malaysia yang kini bersama Buriram United, dan rakan sepasukan kebangsaannya seperti Arif Aiman dan Feroz.

Penonton pasti tertarik melihat bagaimana mereka bersaing di peringkat kelab pula.

jdt vs buriram united

Kedudukan Semasa Dalam Kumpulan

Selepas lima perlawanan, JDT mengumpul 7 mata hasil daripada dua kemenangan, satu seri, dan dua kekalahan. Mereka kini berada di tangga kelima kumpulan.

Buriram United pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah mata yang sama. Kedua-dua pasukan perlu menang untuk memperbaiki kedudukan dan merebut peluang mara ke pusingan kalah mati.

Namun, cabaran semakin sengit kerana terdapat tiga pasukan lain yang turut mengumpul 7 mata. Hanya berbaki 2 perlawanan sahaja selepas tamat perlawanan ini nanti.

Persaingan untuk merebut slot ke pusingan seterusnya menjadi lebih dramatik, menjadikan perlawanan ini sangat penting untuk JDT dan Buriram United.

Tontonan Siaran Langsung JDT vs Buriram United (Live Streaming)

Untuk peminat yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh menyaksikan aksi ini secara langsung di Astro Arena Bola (803) atau melalui platform penstriman Sooka. Pastikan anda tidak terlepas detik-detik mendebarkan perlawanan ini.

Selain itu, penyokong pasukan JDT di Malaysia khususnya, boleh juga saksikan secara online di laman youtube BG Sports. Mungkin perlu kepada sambungan VPN untuk dapatkan akses tersebut.

Keputusan Perlawanan

FT : JDT (0) – (0) Buriram United

Masa : 8.00 malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Pertemuan JDT dan Buriram United bukan sahaja mempertemukan dua kelab terbaik Asia Tenggara, tetapi juga menjadi lambang persaingan bola sepak ASEAN di pentas Asia seperti ACLE ini.

Pastikan anda bersedia menyaksikan perlawanan yang dijangka penuh aksi, kerana ini lebih daripada sekadar perlawanan bola sepak – ia adalah peluang untuk membuktikan siapa yang terbaik di Asia Tenggara!

You Might Also Like

1 thought on “Siaran Langsung JDT vs Buriram United Live Streaming ACLE 2024”

Leave a Comment