Perlawanan epik antara JDT vs Buriram United dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) 2025 kini memasuki fasa penentuan. Selepas perlawanan pertama di Buriram pada 4 Mac lalu berakhir dengan keputusan seri 0-0, segalanya akan ditentukan dalam pertembungan timbal balik di Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri, Johor.
BACA JUGA : Buriran United Dan JDT Buntu Tanpa Jaringan Dalam Aksi Pertama
Aksi ini dijadualkan berlangsung pada 11 Mac 2025, hari Selasa, bermula jam 8.00 malam. Dengan rekod tanpa jaringan dalam dua pertemuan sebelum ini, perlawanan ini menjadi misi penting bagi kedua-dua pasukan yang masih memburu tiket ke peringkat suku akhir.
Contents
Perlawanan Epik JDT vs Buriram United Diteruskan
JDT kini mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri, dengan sokongan padu penyokong yang dijangka memenuhi stadium. Namun, Buriram United pastinya tidak mahu menyerah mudah dan bakal turun dengan segala kekuatan yang mereka miliki.
Dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini, kedua-dua pasukan juga terikat tanpa jaringan ketika beraksi di SSI, menandakan betapa sengitnya persaingan di antara mereka. Kini, dengan tempat ke suku akhir menjadi taruhan, perlawanan ini tidak boleh berakhir dengan keputusan seri lagi.
Jika tiada pemenang selepas 90 minit, masa tambahan akan dimainkan dan sekiranya masih tiada jaringan pemisah, penentuan sepakan penalti akan menentukan pasukan yang akan mara ke peringkat seterusnya.
Siaran Langsung JDT vs Buriram United
Bagi peminat bola sepak yang tidak dapat hadir ke stadium, siaran langsung JDT vs Buriram United boleh disaksikan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan juga live streaming di platform Sooka.
BACA JUGA : Tonton Live Streaming Disini
Perlawanan ini dijangka penuh dengan aksi menarik kerana kedua-dua pasukan memiliki barisan pemain berkualiti yang mampu mencipta kejutan pada bila-bila masa. JDT yang mempunyai pengalaman luas dalam kejohanan peringkat Asia pasti mahu memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk meneruskan kemaraan.
Namun, Buriram United juga bukan calang-calang pasukan dan pernah membuktikan bahawa mereka mampu menyaingi pasukan gergasi Asia. Mereka juga menjadi pasukan Asean yang berjaya mara sehingga ke Suku Akhir dalam saingan AFC Champions League.
Pertembungan kali ketiga untuk musim ini akan menjadi medan terakhir bagi kedua-dua pasukan untuk membuktikan siapa yang lebih layak ke pusingan seterusnya. JDT pastinya mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri, manakala Buriram United akan cuba merosakkan pesta di Johor dengan strategi mereka.
Siapa yang akan keluar sebagai pemenang? Saksikan perlawanan JDT vs Buriram United secara langsung pada 11 Mac ini dan nantikan aksi yang pastinya penuh dengan debaran hingga ke wisel penamat.
Keputusan Perlawanan
FT : JDT (0) – (1) Buriram United
- Suphanat Mueanta 58′
Masa : 8.00 malam
Venue : Stadium Sultan Ismail
TV : Arena Bola 803
Live Streamign : Sooka
*JDT tersingkir dari kejohanan