Pertemuan antara Malaysia vs Timor Leste dalam kejohanan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 (Piala AMEC) pastinya menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.
Seperti yang dijadualkan, perlawanan ini akan berlangsung pada Rabu, 11 Disember 2024, bermula jam 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sebagai tuan rumah, Harimau Malaya dijangka menggunakan kelebihan gelanggang sendiri untuk mencari kemenangan pertama dalam kempen ini.
Contents
Perlawanan Pembukaan Bagi Kedua-Dua Pasukan
Dalam perlawanan pertama, Malaysia mencatat keputusan seri 2-2 menentang Kemboja di tempat lawan. Pasukan negara mendahului pada babak pertama, namun kelemahan di bahagian pertahanan membolehkan Kemboja menyamakan kedudukan.
Sementara itu, Timor Leste mengalami kekalahan besar di tangan Thailand dengan keputusan 10-0 di halaman sendiri.
Kekalahan tersebut bukan sahaja mengejutkan, malah meletakkan Timor Leste di kedudukan terakhir kumpulan A, manakala Malaysia berada di tempat ketiga.
Dengan keputusan ini, kedua-dua pasukan pasti berusaha keras untuk meraih tiga mata penting dalam perlawanan kedua ini.

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Timor Leste
Malaysia mempunyai rekod cemerlang apabila berdepan Timor Leste. Sejak tahun 2004, kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 7 kali, dengan Malaysia memenangi kesemua perlawanan tersebut.
Kali terakhir pertemuan mereka adalah pada tahun 2019 dalam perlawanan World Cup Qualifier, di mana Malaysia menang 5-1. Berdasarkan rekod ini, Harimau Malaya dijangka mampu mengekalkan dominasi mereka.
Harimau Malaya Mencari Kemenangan Pertama
Bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil memberi kelebihan kepada Malaysia dengan sokongan ribuan peminat setia.
Manakala, kekalahan besar kepada Thailand mungkin masih mempengaruhi psikologi pemain Timor Leste, yang kini terdesak untuk bangkit.
Ketua Jurulatih Paul Martin dijangka melakukan penyesuaian strategi untuk mengukuhkan pertahanan dan memastikan pasukan tidak melepaskan gol mudah.
Siaran Langsung Perlawanan
Anda boleh menyaksikan siaran langsung Malaysia vs Timor Leste di saluran Astro Arena 801 dan live stremaing di Sooka. Jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan penuh kepada pasukan kebangsaan kita!
Dengan semangat juang yang tinggi, Harimau Malaya dijangka membawa pulang kemenangan pertama dalam kempen Piala AMEC 2024 ini.
Keputusan Perlawanan
FT : Malaysia (3) – (2) Timor Leste
- Syafiq Ahmad 38′
- Olagar Xavier 45’+1
- João Pedro 45’+3
- Paulo Josue 70′, 83′
Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
TV : Astro Arena 801
Live Streaming : Sooka
1 thought on “Piala AMEC 2024 : Siaran Langsung Malaysia vs Timor Leste (Piala AFF)”