Siaran Langsung Kemboja vs Malaysia Piala AMEC 2024 (Piala AFF)

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
kemboja vs malaysia

Kemboja vs Malaysia bakal menjadi tumpuan utama apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan pembukaan Piala ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 (Piala AMEC).

Acara ini merupakan medan penting bagi skuad Harimau Malaya untuk memulakan kempen mereka dengan langkah kanan dalam saingan di peringkat kumpulan.

Sejarah Piala ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 dan Format Kejohanan

Edisi 2024 menandakan ulang tahun ke-15 kejohanan ini sejak diperkenalkan pada tahun 1996 dengan nama Piala Tiger. Sebelum ini juga dikenali dengan Piala AFF Suzuki Cup dan kini sebab pertukaran sponser dinamakan dengan Mitsubishi Electric Cup.

Sepanjang tempoh tersebut, Thailand mendominasi dengan 7 gelaran juara, manakala Malaysia hanya pernah memenangi kejohanan ini sekali iaitu pada tahun 2010.

Dengan format round-robin untuk peringkat kumpulan, setiap pasukan akan bermain empat perlawanan, dua di tempat sendiri dan dua di tempat lawan. Terdapat dua kumpulan :

  • Kumpulan A : Thailand, Malaysia, Singapura, Kemboja, Timor-Leste
  • Kumpulan B : Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar, Laos

Piala AMEC tahun ini menawarkan cabaran lebih menarik dengan venue berbeza di seluruh Asia Tenggara, memberikan peluang kepada pasukan untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai suasana perlawanan.

Perlawanan Pembukaan: Kemboja vs Malaysia

Perlawanan antara Kemboja vs Malaysia akan diadakan di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh, yang terkenal dengan suasana meriah dan sokongan padu penyokong tempatan dan pastinya kehadiran Ultras Malaya.

Rekod menunjukkan Malaysia mendominasi pertemuan terdahulu dengan memenangi semua 7 perlawanan menentang Kemboja, termasuk kemenangan besar 4-0 pada tahun 2022 dalam aksi persahabatan.

Namun, Kemboja tidak boleh dipandang rendah. Sebagai tuan rumah, mereka dijangka memberi cabaran sengit dengan memanfaatkan kelebihan gelanggang sendiri.

Bagi Malaysia, misi utama adalah untuk memastikan barisan serangan mereka tajam dan pertahanan kukuh, terutama menghadapi serangan balas pantas oleh pemain muda Kemboja.

Maklumat Siaran Langsung Kemboja vs Malaysia

Perlawanan ini dijadualkan akan berlangsung pada Ahad, 8 Disember 2024 (Ahad) dengan waktu sepak mula pada pukul 6.45 petang (waktu Malaysia). Bertempat di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh

Bagi penyokong yang tidak dapat hadir ke stadium, siaran langsung boleh ditonton melalui: Astro Arena 801 dan secara live streaming di platform Sooka

Sayangnya, edisi kali ini tidak akan disiarkan di RTM, menjadikan Astro satu-satunya pilihan untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.

Keputusan Perlawanan

Kemboja vs Malaysia

Masa : 6.45 pm
Venue : Stadium Nasional Olimpik
Tayangan TV : Astro Arena
Live Streaming : Sooka

Perlawanan pembukaan ini sangat penting bagi Malaysia untuk mencipta momentum positif. Kemenangan awal bukan sahaja meningkatkan keyakinan pemain tetapi juga menjadi suntikan semangat kepada penyokong setia Harimau Malaya.

Dengan barisan pemain muda dan berpengalaman di bawah kendalian jurulatih Pau Marti Vicente, pasukan negara diyakini mampu mencipta kejutan di Piala AMEC 2024.

You Might Also Like

1 thought on “Siaran Langsung Kemboja vs Malaysia Piala AMEC 2024 (Piala AFF)”

Leave a Comment