Siaran Langsung Thailand vs Malaysia Di Piala AFF 2024 (Piala AMEC)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
thailand vs malaysia

Pada Sabtu, 14 Disember 2024, bakal berlangsung satu lagi perlawanan iaitu Thailand vs Malaysia dalam kejohanan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 (Piala AMEC) yang juga dikenali dengan Piala AFF.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan cabaran besar apabila bertemu Thailand dalam perlawanan ketiga yang dijadualkan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok, dengan sepak mula pada pukul 9.00 malam waktu Malaysia.

Ia dijangka menjadi perlawanan sengit yang penuh dengan aksi dramatik, di mana kedua-dua pasukan perlu berjuang untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam kumpulan A.

Thailand telah memulakan kempen Piala AMEC 2024 dengan bergaya apabila membelasah Timor Leste 10-0 dalam perlawanan pembukaan mereka. Kejayaan besar itu membolehkan mereka mengumpul tiga mata dan menduduki tempat kedua dalam kumpulan.

Ini merupakan perlawanan kedua untuk mereka. Kelebihan bermain di tempat sendiri pastinya akan memberi semangat tambahan buat skuad Gajah Perang untuk terus menunjukkan dominasi mereka.

Di pihak Malaysia, perjalanan setakat ini lebih mencabar. Mereka seri 2-2 ketika menentang Kemboja di Phnom Penh dan menang tipis 3-2 ke atas Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu lepas.

BACA JUGA : Malaysia Berpeluh Sebelum Menang Ke Atas Timor Leste

Walaupun berada di puncak kumpulan dengan empat mata, Harimau Malaya masih perlu memastikan konsistensi dalam perlawanan ini bagi menjamin tempat ke peringkat kalah mati.

Cabaran Besar Menanti Harimau Malaya

Malaysia bukan sahaja perlu berdepan kekuatan pasukan Thailand, tetapi juga cabaran dalaman. Lima pemain utama terpaksa kembali ke kelab masing-masing, menyebabkan skuad hanya mempunyai 21 pemain untuk perlawanan ini.

Di samping itu, beberapa pemain lain mengalami kecederaan, sekali gus memberi tekanan tambahan kepada ketua jurulatih Paul Martin untuk merangka strategi terbaik bagi mengekang pihak lawan.

Statistik pertemuan antara kedua-dua pasukan juga tidak begitu memihak kepada Malaysia. Dalam perlawanan terakhir pada Piala AMEC 2022, Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Thailand.

Malah, kali terakhir Malaysia mencatat kemenangan di Bangkok adalah pada tahun 2004. Rekod ini menjadikan perlawanan kali ini sebagai ujian besar buat skuad negara.

Perlawanan Penting Thailand vs Malaysia

Perlawanan antara Thailand vs Malaysia bukan sekadar pertembungan dua pasukan, tetapi simbol semangat dan perjuangan.

Harimau Malaya perlu berjuang habis-habisan untuk mencuri mata di Bangkok, walaupun berdepan cabaran besar.

Adakah mereka mampu mencipta kejutan atau Thailand akan terus mengukuhkan kedudukan mereka? Saksikan siaran langsung perlawanan ini dan nikmati aksi penuh debaran di pentas Piala AMEC 2024!

Keputusan Perlawanan

FT : Thailand (1) – (0) Malaysia

  • Patrik Gustavsson 57’

Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Rajamangala
TV : Astro Arena dan Arena Bola
Live Streaming : Sooka

You Might Also Like

Leave a Comment