Separuh Akhir Kedua Piala FA 2024 : Siaran Langsung Selangor vs Terengganu

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
selangor vs terengganu separuh akhir piala fa 2024

Kini tiba ke perlawanan penentuan atau perlawanan timbal balik kedua antara Selangor vs Terengganu bagi mencari finalist yang akan beraksi di final Piala FA nanti.

BACA JUGA : Jadual Siaran Langsung Piala FA 2024/2025 Dan Keputusan Penuh

Aksi separuh akhir kedua ini kana berlangsung pada 3 Ogos 2024, hari Sabtu, dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Untuk yang menyaksikan di rumah, anda boleh tonton siaran langsung menerusi Astro Arena Bola 803 atau boleh juga secara live streaming iaitu di platform Sooka.

Pemenang bagi perlawanan ini akan mara ke final Piala FA 2024/2025 yang mana akan bertemu samada JDT ataupun Kedah Darul Aman yang juga turun pada keesokan harinya.

Aksi Perlawanan Timbal Balik Pertama Antara Selangor vs Terengganu

Pada 19 Julai yang lalu, kedua-dua pasukan ini telah buat perhitungan untuk aksi timbal balik pertama (first leg) yang mana telah dimainkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam perlawanan tersebut, Terengganu telah menggunakan kelebihan yang ada bermain di hadapan penyokong sendiri dengan meraih kemenangan tipis 3-2 kepada Selangor.

Jika dilihat, keputusan ini sebenarnya masih belum cukup untuk Terengganu mara ke final. Ini kerana, kini giliran mereka pula perlu berdepan ribuan penyokong setia Red Giants.

Terengganu pastinya, hanya perlukan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk mara. Manakala Selangor perlu mendapatkan sekurang-kurangya 2 gol defisit.

Pasukan manakah agaknya yang terlebih dahulu akan menempah tiket ke final Piala FA 2024/2025. Jangan lupa saksikan Selangor vs Terengganu

Jadual & Keputusan Perlawanan

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan separuh akhir timbal balik kedua Piala FA 2024/2025 antara Selangor vs Terengganu pada 3 Ogos ini, hari Sabtu.

FT : Selangor (4) – (1) Terengganu (Agg: 6-4)

  • Safuwan Baharudin 3′, 6′, 54′
  • Ismaheel Akinade 22′
  • Reziq Banihani 90+3′

Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

*Selangor layak ke final Piala FA 2024/2025

Perlawanan Pertama (First Leg)

FT : Terengganu (3) – (2) Selangor

  • Safawi Rasid 30′
  • Nurillo Tukhtasinov 35′
  • Alvin Fortes 39′
  • Ismaheel Akinade 70′

Tarikh : 19 Julai 2024 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
TV : Arena Bola 2 804, TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik

You Might Also Like

Leave a Comment