Saksikan Siaran Langsung New Zealand vs Malaysia Di TVS

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
siaran langsung new zealand vs malaysia di tvs

Peminat bola sepak tanah air pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan New Zealand vs Malaysia yang akan berlangsung pada 14 Oktober 2024.

Perlawanan persahabatan antarabangsa ini merupakan sebahagian daripada Minggu FIFA Day, dan ia bakal menjadi tumpuan utama peminat bola sepak negara.

Perlawanan yang akan bermula pada jam 2.00 petang waktu Malaysia (7.00 malam waktu Tempatan) ini akan diadakan di Stadium North Harbour, New Zealand iaitu salah satu gelanggang ikonik negara tersebut.

Bagi peminat yang ingin hadir ke stadium, boleh beli tiket di https://www.nzfootball.co.nz/ dengan harga bermula 22.50 NZD atau sekitar RM60. Manakala yang jauh berada di Malaysia, jangan risau kerana ianya turut disiarkan secara langsung di kaca tv.

Anda boleh menyaksikan perlawanan New Zealand vs Malaysia ini secara langsung melalui saluran TVS – Saluran 122 MYTV, Unifi TV, dan Astro. Selain itu, perlawanan ini juga boleh ditonton secara live streaming di https://www.tvsarawak.my/.

Skuad Harimau Malaya telah membuat persiapan rapi untuk perlawanan persahabatan ini. Mereka telah tiba lebih awal di New Zealand untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan cuaca di sana.

Pasukan negara juga telah mengadakan satu perlawanan persahabatan tertutup menentang kelab tempatan, Auckland FC, sebagai langkah persediaan tambahan. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Untuk rekod, New Zealand telah bertemu dengan Malaysia sebanyak 12 kali sejak tahun 1967. Daripada jumlah tersebut, Malaysia hanya berjaya mencatatkan 2 kemenangan, 2 keputusan seri, dan 8 kekalahan.

Kali terakhir Malaysia menewaskan New Zealand adalah pada tahun 1999 dalam perlawanan yang berlangsung di tanah air. Namun, Malaysia belum pernah meraih kemenangan di tempat lawan menentang New Zealand.

Tonton Siaran Langsung New Zealand vs Malaysia di TVS

Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan siaran langsung perlawanan New Zealand vs Malaysia, pastikan anda tune in ke TVS – Saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro pada 14 Oktober 2024, jam 2.00 petang.

Selain itu, anda juga boleh menonton live streaming di https://www.tvsarawak.my/ untuk mengikuti aksi Harimau Malaya secara online.

Jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan padu kepada skuad kebangsaan kita! Harimau Malaya bakal berjuang habis-habisan, dan dengan semangat yang tinggi, kemenangan di bumi New Zealand tidak mustahil dapat dicapai.

You Might Also Like

1 thought on “Saksikan Siaran Langsung New Zealand vs Malaysia Di TVS”

Leave a Comment