Tumpuan peminat bola sepak tempatan kini terarah kepada perlawanan persahabatan Tier 1 antara Malaysia vs New Zealand yang bakal dilangsung di tempat lawan jauh dari Kuala Lumpur.
Perlawanan ini akan berlangsung pada 14 Oktober 2024, hari Isnin, dengan sepak mula pada jam 2.00 petang waktu Malaysia.
BACA JUGA : Siaran Langsung Malaysia vs New Zealand
Perlawanan ini juga merupakan sebahagian daripada minggu FIFA Day, yang memberi peluang kepada skuad kebangsaan untuk menguji kekuatan mereka di peringkat antarabangsa.
Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium North Harbour, New Zealand, salah satu gelanggang terbesar di negara tersebut.
Jika anda tidak dapat ke stadium, jangan risau kerana perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di TVS – Saluran 122 MYTV, Unifi TV, dan Astro. Anda juga boleh menonton secara live streaming di https://www.tvsarawak.my/.

Contents
Persediaan Skuad Harimau Malaya Menjelang Aksi Persahabatan
Skuad Harimau Malaya sudah pun tiba di New Zealand seminggu lebih awal sebagai langkah persediaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan padang serta mencari keserasian bagi setiap pemain.
Dalam pada itu juga, mereka telah mengadakan satu perlawanan persahabatan tertutup menentang Auckland FC, di mana Malaysia mencatat keputusan seri 1-1. Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Nooa Laine pada minit ke-59.
Perlawanan menentang New Zealand ini sangat penting bagi Malaysia untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking FIFA. Untuk info, skuad negara kini berada di tangga 132, sementara New Zealand di kedudukan 95.
Sejarah Pertemuan Malaysia vs New Zealand
Jika meneliti sejarah pertemuan kedua-dua pasukan, Malaysia dan New Zealand telah bertemu sebanyak 12 kali sejak tahun 1967. Rekod menunjukkan bahawa Malaysia hanya menang dan seri sebanyak 2 kali, manakala tewas sebanyak 8 kali.
Kali terakhir Malaysia menang ke atas New Zealand adalah pada tahun 1999 dalam perlawanan yang berlangsung di tempat sendiri. Walaupun begitu, Harimau Malaya belum pernah menewaskan New Zealand di tempat lawan.
Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan New Zealand dalam perlawanan persahabatan ini, mereka akan memperoleh 6 mata FIFA, yang berpotensi menaikkan ranking pasukan kebangsaan satu anak tangga.
Jadual Dan Keputusan Perlawanan
Jangan lepaskan peluang untuk menyokong skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan yang berlangsung pada Isnin, 14 Oktober ini Perlawanan menentang New Zealand bakal menjadi penentu penting dalam persiapan kelayakan Piala Asia kelak
FT : Malaysia (0) – (4) New Zealand
- Elijah Just 53′
- Matthew Garbett 61′
- Chris Wood 72′
- Logan Rogerson 90′
Masa : 2.00 petang
Venue : Stadium North Harbour
TV : TVSarawak
Live Streaming : tvsarawak.my