Pertembungan antara Negeri Sembilan vs JDT dalam Liga Super 2024 pada minggu kelima belas atau LS15 dijangka menarik perhatian peminat bola sepak tempatan. Dengan reputasi JDT yang gah serta harapan tinggi penyokong Negeri Sembilan, perlawanan ini pastinya dinanti-nantikan.
Negeri Sembilan akan bertemu JDT pada hari Jumaat, 1 November 2024, dengan waktu sepak mula pada pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.
Stadium keramat menjadi homeground skuad Jang Hobin ini dijangka akan dipenuhi penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan hebat ini.
Bagi peminat setia, perlawanan ini adalah peluang untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka bersaing secara langsung, menambah lagi kehangatan perlawanan.
Contents
Siaran Langsung di TV dan Live Streaming
Bagi yang tidak dapat hadir ke stadium, siaran langsung perlawanan Negeri Sembilan vs JDT boleh ditonton di:
- Saluran TV: RTM di TV Okey dan Sukan RTM
- Live Streaming: RTM Klik
RTM menyediakan kemudahan siaran langsung untuk peminat bola sepak di seluruh negara. Peminat hanya perlu menonton di TV Okey atau menstrim di RTM Klik untuk mengikuti setiap saat perlawanan ini tanpa bayaran tambahan.

Tiket Masuk Stadium
Bagi yang ingin hadir ke stadium, tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman Ticket Hotline di tickethotline.com.my. Beli awal untuk mengelakkan kehabisan tiket dan nikmati suasana hebat perlawanan secara langsung di Paroi!
Sejarah Perlawanan Pusingan Pertama Saingan Liga
Musim Liga Super 2024 kini telah memasuki pusingan kedua, dengan Negeri Sembilan dan JDT pernah bertemu dalam pusingan pertama pada Mei lalu.
Dalam perlawanan tersebut, yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, JDT berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1. Gol JDT dijaringkan oleh Bergson dan Jordi Amat, manakala Hein Htet Aung menghasilkan satu gol untuk Negeri Sembilan.
Prestasi Semasa Negeri Sembilan vs JDT
Mengikut kedudukan liga, JDT dan Negeri Sembilan kini di dua posisi yang jauh berbeza. JDT berada di puncak liga dengan 34 mata daripada 12 perlawanan tanpa kekalahan, manakala Negeri Sembilan bergelut di tangga terakhir dengan hanya 6 mata hasil daripada satu kemenangan.
Statistik ini menunjukkan JDT memiliki kelebihan yang ketara, dan pasukan tersebut dijangka tidak berdepan banyak kesukaran apabila bertemu Negeri Sembilan pada Jumaat ini.
Namun begitu, sebagai tuan rumah, Negeri Sembilan tentunya akan memberikan aksi terbaik mereka bagi mengatasi cabaran sengit ini.
Adakah Negeri Sembilan mampu mencipta kejutan di Paroi? Saksikan perlawanan Negeri Sembilan vs JDT untuk mengetahui keputusannya!
Keputusan Perlawanan
Negeri Sembilan vs JDT
Masa : 8.30 malam
Stadium : Stadium Paroi
Tayangan TV : TV Okey
Live Streaming : Live 1 | Live 2