Senarai Penuh Jadual Perlawanan JDT Liga Super Sepanjang Musim 2024/2025

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
johor darul ta'zim

Penyokong dan peminat pastinya ingin ketahui jadual perlawanan JDT dalam saingan Liga Super untuk musim 2024/2025. Dengan itu, mereka dapat ketahui bilakah tarikh pasukan kegemaran mereka akan beraksi setiap minggu.

Musim Liga Super Malaysia 2024/2025 menjanjikan saingan yang menarik dengan tempoh perlawanan sepanjang tahun 2024 dan 2025. Seperti pada musim-musim sebelumnya dimana perlawanan pembukaan adalah menerusi Perlawanan Piala Sumbangsih.

Untuk musim 2024/2025, saingan Liga Super akan bermula pada 10 Mei 2024 yang juga tarikh perlawanan Piala Sumbangsih dimana mempertemukan JDT sebagai juara Liga Super 2023 dan naib juara Liga Super ketika itu iaitu Selangor.

Musim kali ini menyaksikan sebanyak 13 pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran juara Liga Super termasuk Johor Darul Ta’zim. Setiap pasukan akan melalui 24 perlawanan kesemuanya bagi game home dan away.

Secara keseluruhan, ia menjadikan sebanyak 312 perlawanan yang akan berlangsung sepanjang musim. Persaingan sengit antara pasukan-pasukan ini pasti akan memberi hiburan yang tidak ternilai kepada peminat bola sepak tempatan setiap minggu.

JDT masih mengekalkan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri sebagai venue tuan rumah untuk musim kali ini. Stadium moden ini dijangka akan terus menjadi saksi kepada perlawanan-perlawanan epik JDT dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Dengan jadual yang padat dan cabaran yang hebat, peminat bola sepak pasti tidak sabar untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di setiap perlawanan sepanjang musim 2024/2025.

Senarai Jadual Perlawanan JDT Liga Super Sepanjang Musim 2024/2025

Berikut merupakan senarai jadual perlawanan JDT dalam saingan Liga Super untuk musim 2024/2025. Perlawanan adalah melibatkan home dan away dengan disenaraikan tarikh berlangsunya perlawanan tersebut :

*Seperti yang diumumkan pada awal musim, pihak MFL hanya akan mengeluarkan jadual perlawanan dari minggu pertama (LS1) hingga minggu ketiga belas (LS13) terlebih dahulu. Selebihnya akan diumumkan pada Ogos depan.

Minggu PerlawananTarikh BerlangsungPerlawanan
Minggu 1 (LS1)10 Mei 2024 JDT vs Selangor (Piala Sumbangsih)
Minggu 2 (LS2)18 Mei 2024JDT vs Negeri Sembilan
Minggu 3 (LS3)25 Mei 2024KL City vs JDT
Minggu 4 (LS4)22 Jun 2024JDT vs Sri Pahang
Minggu 5 (LS5)13 Julai 2024Sabah vs JDT
Minggu 6 (LS6)26 Julai 2024JDT vs Terengganu
Minggu 7 (LS7)31 Julai 2024PDRM vs JDT
Minggu 8 (LS8)9 Ogos 2024JDT vs Kedah Darul Aman
Minggu 9 (LS9)17 Ogos 2024Perak vs JDT
Minggu 10 (LS10)12 September 2024JDT vs Penang
Minggu 11 (LS11)20 September 2024Kelantan Darul Naim vs JDT
Minggu 12 (LS12)27 September 2024JDT vs Kuching City
Minggu 13 (LS13)Giliran JDT Tiada Perlawanan
Minggu 14 (LS14)27 Oktober 2024Selangor vs JDT
Minggu 15 (LS15)1 November 2024Negeri Sembilan vs JDT
Minggu 16 (LS16)8 Disember 2024JDT vs KL City
Minggu 17 (LS17)17 Disember 2024Sri Pahang vs JDT
Minggu 18 (LS18)11 Januari 2025JDT vs Sabah
Minggu 19 (LS19)25 Januari 2025Terengganu vs JDT
Minggu 20 (LS20)5 Februari 2025JDT vs PDRM
Minggu 21 (LS21)29 Mac 2025Kedah Darul Aman vs JDT
Minggu 22 (LS22)24 Februari 2025JDT vs Perak
Minggu 23 (LS23)16 Mac 2025Penang vs JDT
Minggu 24 (LS24)4 April 2025JDT vs Kelantan Darul Naim
Minggu 25 (LS25)13 April 2025Kuching City vs JDT

Senarai jadual perlawanan JDT ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang dibuat oleh pihak Malaysian Football League (MFL) dari semasa ke semasa.

You Might Also Like

1 thought on “Senarai Penuh Jadual Perlawanan JDT Liga Super Sepanjang Musim 2024/2025”

Leave a Comment