Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Vietnam pada 10 Jun Ini

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
malaysia vs vietnam di bukit jalil

Malaysia vs Vietnam | Perlawanan getir bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila pasukan kebangsaan Malaysia turun menentang musuh tradisi, Vietnam, dalam aksi kedua peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia 2027 pada Selasa, 10 Jun 2025, jam 9.00 malam.

Ini bukan sekadar aksi kelayakan biasa, tetapi juga peluang buat Harimau Malaya menamatkan badi kekalahan ke atas pasukan jiran itu.

BACA JUGA : Malaysia Meraih Kemenangan Pertama Ketika Bertemu Nepal

Misi Putuskan Rantai Kekalahan

Rekod semasa tidak menyebelahi Malaysia. Dalam lima pertemuan terakhir Malaysia vs Vietnam, skuad negara tewas kesemuanya kepada Vietnam. Ini pastinya satu realiti pahit yang sukar ditelan oleh penyokong tempatan.

Di atas kertas, ranking FIFA juga menunjukkan jurang ketara, dengan Malaysia kini berada di tangga 131 dunia, manakala Vietnam di kedudukan 109. Namun, perlawanan bola sepak tidak ditentukan oleh angka semata-mata.

Dengan sokongan padu di laman sendiri dan semangat baharu dalam pasukan, ini adalah detik yang tepat untuk Malaysia bangkit dengan memberikan kejayaan baru bersama pasukan Harimau Malaya.

Saksikan Aksi Secara Langsung dan Live Streaming

Bagi peminat bola sepak yang ingin mengikuti aksi Malaysia vs Vietnam, siaran langsung akan disiarkan di Astro Arena Bola saluran 803, serta di saluran percuma milik RTM di TV Okey dan Sukan RTM.

Untuk yang memilih tontonan secara digital, perlawanan ini juga boleh distrim secara langsung di Sooka dan RTM Klik, dengan RTM menawarkan akses percuma kepada semua pengguna.

Walaupun statistik keseluruhan menunjukkan dominasi Vietnam, Stadium Nasional Bukit Jalil kekal sebagai tempat keramat buat Harimau Malaya.

Daripada 23 pertemuan sejak 1991, hanya dua berlangsung di stadium ini dengan memberikan keputusan Malaysia menang satu dan seri satu. Kali ini, dengan puluhan ribu penyokong dijangka membanjiri stadium, suasana pasti memberi kelebihan moral buat skuad negara.

Pemain Warisan Jadi Senjata Baharu

Satu elemen berbeza dalam perlawanan Malaysia vs Vietnam kali ini ialah kemunculan wajah-wajah baharu dalam pasukan Malaysia. Nama-nama seperti Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Facundo Garces dan Rodrigo Holgado kini mengisi senarai pemain utama.

Mereka menyertai Hector Hevel dan Gabriel Palmero, menjadikan jumlah pemain warisan baharu kepada tujuh orang setakat ini. Ianya merupakan hasil transformasi besar di bawah visi TMJ.

Kehadiran mereka bukan sekadar memeriahkan skuad, tetapi membawa pengalaman antarabangsa dan gaya permainan yang berbeza, sesuatu yang amat diperlukan untuk menyaingi pasukan seperti Vietnam.

Ayuh, Bangkit Harimau!

Perlawanan ini lebih daripada sekadar tiga mata. Ia adalah simbol kebangkitan semula bola sepak negara. Malaysia vs Vietnam kali ini menjadi medan penting untuk membuktikan kemampuan sebenar pasukan Harimau Malaya.

Keputusan Perlawanan

FT : Malaysia (4) – (0) Vietnam

  • J. Figueiredo 49′
  • R. Holgado 59′
  • L. Corbin-Ong 67′
  • D. Cools 88′

Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Nasiontal Bukit Jalil
TV : Arena Bola 803 dan TV Okey
Live Streaming : Sooka & RTM Klik

You Might Also Like

Leave a Comment