Live Streaming Manchester United vs ASEAN All Stars Di MUTV

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
Manchester United vs ASEAN All Stars

Perlawanan bola sepak persahabatan antara Manchester United vs ASEAN All Stars dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara terutamanya peminat tegar Red Devils.

Bukan sahaja ia mempertemukan kelab gergasi dari England dengan gabungan pemain terbaik rantau ini, malah ia juga memperlihatkan usaha untuk mendekatkan Manchester United dengan penyokong di Asia.

Selain daripada aksi pemanas badan pra-musim dalam siri MUTOUR, perlawanan ini juga turut mempertaruhkan trofi kejuaraan iaitu dalam aksi Maybank Challenge Cup 2025. Mungkin trofi pertama untuk skuad Red Devils musim ini?

Perlawanan ini bakal berlangsung pada 28 Mei 2025, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada jam 8.45 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Anak-anak buah Amorim bakal menerima tentangan daripada bintang-bintang Asia Tenggara disini.

Untuk yang berminat untuk menyaksikan perlawanan ini, anda boleh dapatkan tiket masuk menerusi laman web rasmi di www.myticketempire.com/manumy. Tiket bermula dengan harga RM50 hingga RM1,500.

Siaran Langsung Manchester United vs ASEAN All Stars

Bagi yang tidak berpeluang ke stadium, siaran langsung perlawanan ini akan disediakan secara eksklusif melalui MUTV, saluran rasmi Manchester United. MUTV menawarkan liputan menyeluruh termasuk perlawanan secara langsung, temu bual eksklusif, sorotan, dan kandungan khas yang tidak tersedia di tempat lain.

Untuk menonton secara live streaming, anda boleh melanggan MUTV melalui laman web rasmi www.manutd.com/en/mutv atau memuat turun aplikasi MUTV di telefon pintar di iOS atau Android.

Langganan ditawarkan secara bulanan atau tahunan, dan memberikan akses kepada pelbagai kandungan sepanjang tahun, termasuk perlawanan persahabatan seperti ini.

Selain itu, sekiranya anda pengguna Astro dan melanggan pakej Sukan, anda boleh dapatkan akses percuma MUTV menerusi aplikasi BeinSport Connect.

Dari sudut menarik, ASEAN All Stars bakal menampilkan pemain terpilih dari liga-liga utama seperti Liga Super Malaysia, Liga 1 Indonesia, Thai League dan V.League Vietnam. Ini memberi ruang kepada pemain tempatan menunjukkan kebolehan mereka berdepan nama besar seperti Bruno Fernandes, Casemiro atau pemain muda akademi United.

Sebagai sebahagian daripada siri jelajah pra-musim Manchester United, perlawanan ini penting bagi jurulatih untuk menilai prestasi dan strategi menjelang musim baru. Ia juga menjadi medium bagi kelab menjalin hubungan rapat dengan jutaan penyokong di Asia.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Manchester United menentang ASEAN All Stars secara langsung. Langgan MUTV hari ini dan saksikan perlawanan hebat ini dari keselesaan rumah anda!

Keputusan Perlawanan

FT : Manchester United (0) – (1) ASEAN All Stars

  • Maung Maung Lwin 71′

Masa : 8.45 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV = -tiada-
Live Streaming : MUTV

You Might Also Like

Leave a Comment