Harimau Malaya akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan perlawanan Malaysia vs Nepal. Aksi ini penting kerana ia menjadi langkah pertama skuad Harimau Malaya dalam perjalanan mereka ke kejohanan yang akan berlangsung di Arab Saudi.
Dengan jurulatih baharu, Peter Cklamovski, serta penyertaan pemain warisan seperti Hector Hevel dan Gabriel Palmero, pasukan negara dijangka tampil dengan corak permainan yang lebih bertenaga.
Selain itu, pertembungan ini juga memberi peluang kepada Malaysia untuk menilai tahap kesiapsiagaan pasukan setelah beberapa bulan tanpa aksi kompetitif. Nepal, yang baru sahaja menewaskan Singapura dalam perlawanan persahabatan, pastinya tidak akan memberikan laluan mudah.
Contents
Jalan Terakhir Untuk Malaysia Layak Ke Piala Asia
Selepas gagal dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia yang lalu, Malaysia kini fokus untuk ke Piala Asia sahaja dan ini merupakan peluang terakhir untuk merebut slot ke piala berprestij itu. Skuad kebangsaan telah diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Laos, dan Nepal.
Format kejohanan ini menggunakan sistem timbal balik, di mana setiap pasukan akan bertemu dua kali. Hanya juara kumpulan akan layak secara Piala Asia Arab Saudi. Oleh itu, mengutip mata penuh di setiap perlawanan, terutama di tempat sendiri, adalah amat penting bagi Malaysia.

Pertemuan Malaysia vs Nepal Dalam Aksi Pertama
Perlawanan ini merupakan aksi pembukaan bagi kedua-dua pasukan dalam pusingan kelayakan. Bagaimanapun, bagi Nepal, mereka sudah bermain satu perlawanan persahabatan sebelum ini dengan menewaskan Singapura 1-0 berbanding Malaysia yang tiada perlawanan kompetitif.
Dari segi ranking FIFA, Malaysia berada di kedudukan ke-132 dunia manakala Nepal di tangga ke-175. Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Malaysia jelas memiliki kelebihan, apatah lagi dengan sokongan penyokong sendiri. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada Mac tahu lalu, Malaysia berjaya mencatat kemenangan 4-1.
Namun, kejayaan Nepal menewaskan Singapura membuktikan mereka adalah lawan yang kini tidak boleh dipandang rendah. Skuad Harimau Malaya perlu berwaspada dan memastikan mereka tidak melakukan kesilapan mudah bagi mengelakkan kejutan.
Siaran Langsung Malaysia vs Nepal
Perlawanan dalam kempen Kelayakan Piala Asia AFC 2027 antara Malaysia vs Nepal akan berlangsung pada Selasa, 25 Mac 2024, jam 10.00 malam di Stadium Sultan Ibrahim.
Siaran langsung boleh ditonton di Astro Arena Bola 803, serta secara online melalui Astro Go dan Sooka. Selain itu, turut dibawakan menerusi RTM, melalui TV Okey dan Sukan RTM, serta live streaming di RTMKLIK.
BACA JUGA : Tonton Live Streaming Malaysia vs Nepal Di RTM Klik
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini dan berikan sokongan penuh kepada Harimau Malaya dalam usaha mereka untuk layak ke Piala Asia 2027!
Keputusan Perlawanan
FT : Malaysia (2) – (0) Nepal
- Hector Hevel 29′
- Corbin Ong 71′
Tarikh : 25 Mac 2025 (Selasa)
Masa : 10.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : Arena Bola 803, TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Sooka, RTM Klik