Dua wakil negara berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir di kejohanan BWF Korea Open 2024 apabila berjaya menumpaskan lawan-lawan masing di suku akhir.
Regu campuran Chen Tang Jie/Toh Ee Wei terlebih dahulu layak ke semi final apabila menang ke atas rakan senegara Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie dengan keputusan 21-18, 21-11.
BACA JUGA : Jadual & Keputusan Penuh Korea Open 2024
Perlawanan tersebut hanya mengambil masa 34 minit itu dan dimainkan secara straigt set. Kini mereka akan bertemu pasangan China iaitu Cheng Xing dan Zhan Chi di pusingan separuh akhir.
Satu lagi pasalngan negara yang layak ke separuh akhir adalah menerusi beregu wanita iaitu Pearly Tan/M Thinaah. Mereka menang keatas wakil Taiwan, Teng Chun Hsun/Yang Chu Yun dengan keputusan straight set 21-19, 21-15.
Pada game pertama, PearThi ketinggalan 16-19, tetapi berjaya mengejar pada saat-saat akhir dengan memenanginya pada set pertama.
Pada set ke-2, pasangan Taiwan tersebut cuba untuk kembali memberi saingan. Akan tetapi regu negara berjaya membaca setiap hantaran daripada pihak lawan dan menang perlawanan tersebut.
Di pusingan separuh akhir, mereka akan bertemu wakil Korea yang juga pilihan pertama untuk Korea Open kali ini iaitu Baek Ha Na dan Lee Soo Hee.