Terengganu vs Sri Pahang akan membuat perhitungan dalam kempen Liga Super kali ini untuk minggu kesembilan (LS9). Ini juga derby Pantai Timur iaitu mempertemukan 2 pasukan hebat.
Perlawanan ini akan berlangsung pada Jumaat, 16 Ogos 2024 bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak. Seperti yang ditetapkan, perlawanan akan bermula pada pukul 8.15 malam.
Untuk yang menyaksikan di kaca tv, ianya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Juga tersedia tontonan secara live streaming di platform Sooka.

Terengganu Dahagakan Kemenangan Ketiga
Berkelebihan bermain di halaman sendiri, Terengganu mempunyai kelebihan berbanding Sri Pahang yang datang selaku pasukan tetamu pada malam ini. Kelebihan ini pastinya akan diambil sepenuhnya untuk meraih 3 mata.
Sri Pahang juga kini menjadi kemenangan kedua untuk musim kali ini selepas tidak memperolehnya sejak minggu kedua (LS2) lagi. Tapi adakah anak-anak buah Fandi Ahmad mampu untuk merialisasikan hasrat tersebut?
Jadual Dan Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual perlawanan antara Terengganu vs Sri Pahang dan keputusan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa
FT : Terengganu (1) – (1) Sri Pahang
- Nurillo Tukhtasinov 45+2′
- Stefano Brundo 90+3′
Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka