Info Siaran Langsung Terengganu vs JDT Liga Super 2025 (LS19)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
liga super terengganu vs jdt

Perlawanan Terengganu vs JDT pastinya menjadi tumpuan utama untuk minggu ini yang mana melibatkan dua pasukan terbaik untuk musim kali ini.

Saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 kini semakin hangat apabila memasuki minggu ke-19 (LS19) dan perlawanan ini antara yang menjadi yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak tempatan.

Aksi ini dijangka akan menarik perhatian peminat bola sepak tanah air, memandangkan kedua-dua pasukan memiliki reputasi tersendiri dalam kancah bola sepak Malaysia.

Sejarah Pertemuan Kedua-Dua Pasukan Musim Ini

Musim Liga Malaysia 2024/2025 telah menyaksikan Terengganu dan JDT bertemu sebanyak dua kali sebelum ini. Pertemuan ini bakal menjadi yang ketiga, menjanjikan satu lagi babak epik dalam saingan bola sepak tanah air.

Perlawanan pertama antara kedua-dua pasukan telah berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 26 Julai 2024 dalam pusingan pertama Liga Super.

Ketika itu, JDT menunjukkan kehebatan mereka apabila menewaskan Terengganu dengan jaringan besar 4-0. Kekalahan tersebut memberi tamparan hebat kepada skuad Penyu, memandangkan ia adalah salah satu kekalahan terbesar mereka musim itu.

Pertemuan kedua pula berlangsung dalam saingan separuh akhir Piala FA sebelum ini. Dalam perlawanan yang diadakan di laman sendiri, Terengganu sekali lagi gagal menyaingi kehebatan JDT.

Mereka tewas dengan keputusan yang sama, iaitu 4-0. Kekalahan ini mengecewakan penyokong setia Terengganu, memandangkan mereka bermain di halaman sendiri tetapi masih gagal mencipta sebarang jaringan dan kemenangan.

Siaran Langsung Perlawanan Terengganu vs JDT (Live Streaming)

Pada hari kedua saingan LS19, perlawanan Terengganu vs JDT adalah perlawanan ketiga yang dijadualkan berlangsung. Sebelumnya, dua perlawanan lain telah dimainkan, iaitu Negeri Sembilan vs Sabah dan Penang vs Selangor.

Tarikh pertemuan antara Terengganu vs JDT ini adalah pada 25 Januari 2025, bersamaan hari Sabtu. Perlawanan ini akan bermula tepat pada pukul 9.00 malam dan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Berita baik buat peminat bola sepak! Anda boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung melalui saluran percuma RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, siaran langsung juga boleh ditonton menerusi platform RTM Klik secara percuma.

Ini pastinya memudahkan penyokong kedua-dua pasukan untuk mengikuti aksi penuh dramatik tanpa perlu risau tentang bayaran tambahan.

Keputusan Perlawanan

FT : Terengganu (1) – (3) JDT

  • Juan Muniz 13′

Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

Adakah Terengganu mampu mencipta kejutan kali ini? Atau JDT akan terus mengukuhkan dominasi mereka dalam Liga Super? Nantikan jawapannya pada Sabtu ini

You Might Also Like

Leave a Comment