Perlawanan antara Terengganu vs Dong A Thanh Hoa FC merupakan pertemuan penting dalam Kumpulan A ASEAN Club Championship (Shopee Cup) 2024/25. Kali ini Terengganu akan bertemu dengan wakil kelab dari Vietnam pula.
Ini adalah perlawanan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam peringkat kumpulan yang dimainkan secara liga dimana akan diadakan pada 25 September 2024 (hari Rabu) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.
Perlawanan Terengganu vs Dong A Thanh Hoa dijadualkan berlangsung pada pukul 9.00 malam dan boleh ditonton secara langsung di saluran Arena Bola 803 serta melalui live streaming di Sooka.
Contents
Keputusan Perlawanan Pertama Antara Terengganu vs Dong A Thanh Hoa
Terengganu FC memulakan kempen Shopee Cup mereka dengan kekalahan tipis 2-3 kepada pasukan wakil Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC, pada perlawanan pertama yang lalu.
Kekalahan ini menyebabkan Terengganu kini berada di kedudukan kedua terakhir dalam Kumpulan A, yang terdiri daripada enam pasukan.
Pasukan dari Kemboja berjaya menunjukkan prestasi mantap walaupun Terengganu memberikan saingan sengit di perlawanan tersebut.
Sebaliknya, Dong A Thanh Hoa FC, memulakan kempen mereka dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas pasukan Myanmar, Shan United.
Kemenangan ini menempatkan mereka di puncak liga Kumpulan A, memberikan keyakinan yang tinggi menjelang pertemuan dengan Terengganu FC.

Sejarah Pertemuan Kedua-Dua Pasukan
Ini merupakan pertemuan kali pertama bagi kedua-dua pasukan dalam pertandingan rasmi. Ianya memberi peluang kepada Terengganu dan Dong A Thanh untuk mencipta sejarah baharu dan menguji kekuatan masing-masing di pentas serantau.
Untuk rekod, dalam saingan tempatan, Terengganu FC baru-baru ini menghadapi Sabah dalam saingan Liga Super Malaysia yang hanya berjaya mencatat keputusan seri 1-1 selepas tamat 90 minit.
Terengganu kini berada di tangga ketiga liga, selepas mengharungi sembilan perlawanan. Prestasi mereka dalam liga tempatan masih stabil, namun mereka perlu memperbaiki beberapa aspek untuk mencatatkan kemenangan dalam ASEAN Club Championship ini.
Bagi Dong A Thanh Hoa FC pula, liga mereka baru sahaja bermula dan telah mengharungi dua perlawanan setakat ini dalam V-League 1 sepanjang bulan September.
Dalam dua perlawanan tersebut, mereka berjaya mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan. Mereka kini berada di kedudukan ketujuh dalam liga Vietnam, namun momentum kemenangan dalam Shopee Cup memberikan mereka kelebihan mental menjelang pertemuan ini.
Jadual Dan Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual perlawanan antara Terengganu vs Dong A Thanh Hoa FC bagi saingan ASEAN Club Championship Shopee Cup 2024 yang berlangsung pada Rabu, 25 September 2024.
FT : Terengganu (2) – (2) Dong A Thanh Hoa
- Akhyar Rashid 22′
- Manuel Ott 41′
- Antonio 45′
- Ubaidullah 51′ (OG)
Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka
Keputusan perlawanan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan. Pertemuan antara Terengganu FC dan Dong A Thanh Hoa FC di Shopee Cup 2024 ini pastinya menjanjikan aksi yang menarik.