Ada yang tertanya-tanya apakah senarai stadium terbesar Asia Tenggara? Adakah ianya terletak di Indonesia yang mempunyai paling ramai penduduk di rantau ini. Atau ada di lokasi yang lain?
Asia Tenggara merupakan sebuah kawasan yang aktif dalam sukan, terutama sekali bola sepak, sukan yang amat diminati oleh penduduk di seluruh Asia Tenggara ini.
Bagi menyokong minat dan semangat tersebut, banyak negara di Asia Tenggara telah membina stadium-stadium besar untuk menganjurkan acara sukan di stadium tersebut termasuklah acara lain seperti konsert, serta sambutan peristiwa bersejarah.
Contents
- 1 Senarai 10 Stadium Terbesar Asia Tenggara Untuk Tahun 2024
- 1.1 1. Stadium Nasional Bukit Jalil
- 1.2 2. Jakarta International Stadium
- 1.3 3. Stadium Shah Alam
- 1.4 4. Stadium Utama Gelora Bung Karno
- 1.5 5. Morodok Techo National Stadium
- 1.6 6. Stadium Nasional Singapura
- 1.7 7. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
- 1.8 8. Stadium Maguwoharjo
- 1.9 9. Stadium Rajamangala
- 1.10 10. Stadium Gelora Bung Tomo
- 1.11 Stadium Terbesar Asia Tenggara Di Negara-Negara Serantau Yang Lain
Senarai 10 Stadium Terbesar Asia Tenggara Untuk Tahun 2024
Berikut adalah senarai 10 stadium terbesar Asia Tenggara, berdasarkan kapasiti tempat duduk. Kedudukan mengikut kapasiti stadium paling ramai berada di atas
- Stadium Nasional Bukit Jalil (Malaysia)
- Jakarta International Stadium
- Stadium Shah Alam (Malaysia)
- Stadium Gelora Bung Karno
- Stadium Morodok Techo National
- Singapore National Stadium
- Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Malaysia)
- Stadium Maguwoharjo
- Rajamangala National Stadium
- Stadium Gelora Bung Tomo

1. Stadium Nasional Bukit Jalil
- Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia
- Kapasiti: 87,411
Stadium Nasional Bukit Jalil adalah stadium terbesar Asia Tenggara dan salah satu yang paling terkenal di rantau ini.
BACA JUGA : Stadium Nasional Bukit Jalil Terbesar Di Asia Tenggara
Dibina untuk Sukan Komanwel 1998, stadium ini menjadi kebanggaan Malaysia dan kerap menganjurkan acara besar seperti Piala AFF Suzuki, perlawanan persahabatan antarabangsa, final bola sepak dan konsert antarabangsa.
Kapasiti tempat duduk yang besar menjadikan stadium ini sesuai untuk perlawanan bola sepak, sukan olahraga, dan pelbagai lagi acara lain.
2. Jakarta International Stadium
- Lokasi: Jakarta, Indonesia
- Kapasiti: 82,000
Jakarta International Stadium, yang baru dibina di Jakarta pada tahun 2022, adalah satu lagi kebanggaan rakyat Indonesia sendiri termasuk penduduk Asia Tenggara.
Stadium ini dirancang untuk menjadi pusat bola sepak utama Indonesia dan rumah kepada pasukan bola sepak Persija Jakarta.
Kapasiti stadium yang sangat besar menjadikannya salah satu arena sukan utama di rantau ini, dan ia juga direka dengan teknologi moden untuk menjamin pengalaman menonton yang terbaik
3. Stadium Shah Alam
- Lokasi: Shah Alam, Malaysia
- Kapasiti: 80,372
Stadium Shah Alam adalah salah satu stadium terbesar di Malaysia dan sering digunakan untuk acara sukan seperti bola sepak, serta konsert berskala besar. Akhirnya pada tahun 2024, stadium ini secar rasminya dirobohkan dan bakal dinaikkan dengan sebuah stadium yang baru kelak.
4. Stadium Utama Gelora Bung Karno
- Lokasi: Jakarta, Indonesia
- Kapasiti: 77,193
Stadium Gelora Bung Karno adalah salah satu stadium tertua dan stadium terbesar Asia Tenggara, yang dibina pada tahun 1962 untuk Sukan Asia.
Terletak di tengah-tengah Jakarta, stadium ini menjadi saksi kepada pelbagai acara penting termasuk perlawanan bola sepak antarabangsa dan acara sukan lain. Reka bentuknya yang ikonik telah menjadikannya simbol sukan di Indonesia.
5. Morodok Techo National Stadium
- Lokasi: Phnom Penh, Kemboja
- Kapasiti: 60,000
Stadium Morodok Techo adalah stadium kebangsaan terbaru di Kemboja, yang dibuka pada 2021. Direka untuk menyokong pembangunan sukan di Kemboja, stadium ini dibina dengan standard antarabangsa dan mampu menganjurkan acara sukan berskala besar. Ia juga menjadi tumpuan untuk Sukan SEA dan acara-acara serantau.
6. Stadium Nasional Singapura
- Lokasi : Singapura
- Kapasiti : 55,000
Singapore National Stadium adalah salah satu stadium paling moden dan antara stadium terbesar Asia Tenggara yang merupakan sebahagian daripada kompleks sukan Singapore Sports Hub. Ianya merupakan stadium terbesar di negara tersebut.
7. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
- Gong Badak, Terengganu, Malaysia
- Kapasiti : 50,000
Venue ini merupakan stadium serbaguna yang digunakan terutamanya untuk bola sepak dan acara sukan lain. Menjadi homeground untuk kelab Terengganu FC. Stadium ini direka dengan bumbung melengkung yang ikonik pada awalnya, namun bumbung tersebut runtuh pada tahun 2009
8. Stadium Maguwoharjo
- Sleman, Indonesia
- Kapasiti : 50,000
Stadium ini adalah salah satu venue utama untuk sukan bola sepak di kawasan Yogyakarta dan menjadi homeground kepada pasukan PSS Sleman. Selain perlawanan bola sepak domestik, stadium ini juga digunakan untuk acara-acara lain seperti konsert dan acara masyarakat.
9. Stadium Rajamangala
- Lokasi: Bangkok, Thailand
- Kapasiti: 51,552
Sebagai stadium terbesar di Thailand, Stadium Rajamangala sering digunakan untuk perlawanan bola sepak antarabangsa dan acara sukan besar. Dibina untuk Sukan Asia 1998, stadium ini menjadi pusat bagi pasukan kebangsaan Thailand dan tempat kegemaran bagi peminat sukan di Bangkok.
10. Stadium Gelora Bung Tomo
- Lokasi : Surabaya, Indonesia
- Kapasiti : 45,000
Stadium ini dinamakan sempena Bung Tomo, seorang pahlawan nasional yang dikenali kerana peranannya dalam Pertempuran Surabaya.
Stadium ini menjadi homeground kepada pasukan Persebaya Surabaya, salah satu kelab bola sepak terkemuka di Indonesia. Selain bola sepak, stadium ini juga digunakan untuk acara sukan lain dan konsert.
Stadium Terbesar Asia Tenggara Di Negara-Negara Serantau Yang Lain
- Stadium My Dinh (Vietnam) – 40,200 kapasiti
- Bogyoke Aung San (Myanmar) – 40,000 kapasiti
- Phnom Penh National Olympic Stadium (Kemboja) – 30,000 kapasiti
- Stadium Nasional Hassanal Bolkiah (Brunei) – 28,000 kapasiti
- Lao National Stadium (Laos) – 25,000 kapasiti
Stadium-stadium besar di Asia Tenggara bukan sahaja tempat berlangsungnya perlawanan bola sepak, tetapi juga pusat budaya dan hiburan yang menyatukan masyarakat. Inilah antara stadium terbesar Asia Tenggara.
Dengan kapasiti yang besar dan infrastruktur moden, stadium-stadium ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestij negara masing-masing di arena antarabangsa.