Satu-satunya perlawanan yang berlangsung lebih awal untuk saingan Liga Super minggu kesembilan (LS9) adalah pertemuan antara Sabah vs Selangor.
Perlawanan ini dijadualkan akan berlangsung pada hari Selasa, 13 Ogos 2024, pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.
Peminat bola sepak boleh saksikan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Juga tersedia secara live streaming di platform RTM Klik secara percuma.

Sabah Mahukan Kemenangan Untuk Perbaiki Kedudukan
Menerusi carta liga, Selangor kini berada di tempat kedua dengan 16 mata iaitu 3 mata lebih berbanding Sabah di kedudukan keempat dengan 13 mata.
Jika Sabah mampu untuk mengutip mata penuh, sekurang-kurangnya mereka mampu untuk berada di kedudukan ketiga mengatasi Terengganu dan itulah misi utama pasukan The Rhinos.
Ditambah pula bermain di tempat sendiri, pastinya memberi kelebihan kepada pasukan Sabah. Dengan kehadiran penyokong, sudah tentu akan memberikan tonik tambahan kepada para pemain.
Selangor juga pastinya tidak mahu mengalah meskipun bertandang di tempat lawan. Dengan kembalinya ayam tambatan mereka, Faisal Halim, pastinya perlawanan akan kembali rancak dan sudah tentu kemenangan juga dicari.
Jadual & Keputusan Perlawanan
Ini merupakan perlawanan antara Sabah vs Selangor bagi saingan Liga Super 2024/2025 untuk minggu kesembilan yang berlangusng pada 13 Ogos 2024, hari Selasa. Keputusan perlawanan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
FT : Sabah (1) – (2) Selangor
- Safuwan Baharudin 27′ (OG)
- Ronnie Fernandez 31′
- Harith Haiqal 86′
Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium Likas
TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik