Perlawanan kedua Kumpulan B Shopee Cup 2024/25 bakal menyaksikan pertembungan sengit antara KL City vs Borneo FC Samarinda pada 26 September 2024, hari Khamis.
Aksi ini dijadualkan berlangsung pada pukul 9.00 malam di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, yang merupakan homeground bagi KL City FC.
Bagi peminat bola sepak, perlawanan ini boleh disaksikan secara langsung di saluran Arena Bola 803 dan juga melalui tontonan live streaming di aplikasi Sooka.
Contents
Butiran Perlawanan
- Tarikh: 26 September 2024 (Khamis)
- Masa: 9.00 malam
- Lokasi: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
- Siaran Langsung: Arena Bola 803 dan Sooka

Perlawanan KL City vs Borneo FC ini sangat penting bagi kedua-dua pasukan, memandangkan mereka berjaya memungut tiga mata penuh dalam perlawanan pertama masing-masing.
Kuala Lumpur City dan Borneo FC Samarinda akan berusaha keras untuk mencatat kemenangan kedua mereka dalam ASEAN Club Championship Shopee Cup, sekaligus mengukuhkan kedudukan di kedudukan teratas Kumpulan B.
Prestasi Perlawanan Pertama Kumpulan B
KL City FC memulakan kempen mereka dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kaya FC, wakil dari Filipina.
Kemenangan ini memberi motivasi besar kepada pasukan bimbingan Miroslav Kuljanac untuk terus mara dengan cemerlang dalam Shopee Cup. Meskipun kemenangan itu tipis, ia memberi KL City keyakinan untuk menempuh perlawanan yang lebih mencabar.
Sementara itu, Borneo FC Samarinda turu mencatat kemenangan keatas pihak lawan dalam perlawanan pertama apabila menang 3-0 ke atas Lion City Sailors FC wakil dari Singapura.
Kemenangan besar ini meletakkan Borneo FC di tempat pertama Kumpulan B, mengatasi KL City yang berada di tempat ketiga dengan jumlah mata yang sama.
Borneo FC menunjukkan prestasi luar biasa dengan dominasi mereka dalam perlawanan tersebut, mencerminkan kekuatan mereka di peringkat serantau.
Sejarah Pertemuan Kedua Pasukan
KL City vs Borneo FC Samarinda merupakan pertemuan kali pertama. Sebagai pasukan yang tidak pernah bertemu sebelum ini, kedua-dua pasukan akan berusaha untuk menilai kekuatan lawan mereka dan menyesuaikan strategi di atas padang.
Dalam saingan domestik, KL City mengalami kemerosotan prestasi dengan kekalahan 0-1 kepada Perak dalam saingan Liga Super minggu lalu.
Kekalahan tersebut meletakkan mereka di tangga ketiga tercorot dalam Liga Super Malaysia, menunjukkan betapa pentingnya untuk mereka bangkit dalam Shopee Cup bagi meningkatkan moral pasukan.
Borneo FC pula masih kekal belum tewas dalam enam perlawanan pertama mereka di Liga 1 Indonesia. Walaupun seri dalam perlawanan terakhir mereka, Borneo FC kini berada di tempat kedua dalam carta liga.
Ini menunjukkan kestabilan dan konsistensi prestasi mereka di peringkat domestik. Mereka akan turun dengan penuh keyakinan untuk mempertahankan rekod tanpa kalah mereka.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan antara KL City vs Borneo FC Samarinda dalam aksi Shopee Cup 2024 yang berlangsung pada 26 September, hari Khamis dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam
FT : KL City (1) – (0) Borneo FC
- Brendan Gan 77′
Pertemuan kedua-dua pasukan ini di Shopee Cup 2024 menjanjikan aksi yang mendebarkan. Kedua-dua pasukan ingin mencatat kemenangan kedua mereka dan memperkukuh kedudukan di puncak Kumpulan B.