Siaran Langsung Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin Final China Masters 2024

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
final china masters 2024

Nampaknya satu wakil negara akan beraksi dalam final China Masters 2024 iaitu menerusi gandingan regu campuran Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin dimana mereka akan beraksi pada 24 November 2024.

BACA JUGA : Jadual Dan Keputusan Penuh China Masters 2024

Pencapaian ini dikecapi apabila mereka berjaya meloloskan diri ke final selepas menundukkan pilihan ketiga dari Hong Kong iaitu Tang Chun Man/Tse Ying Suet dalam aksi rubber set 14-21, 21-17, 19-21.

Perlawanan yang beraksi selama 65 minit di peringkat suku akhir tersebut menyaksikan wakil negara menang terlebih dahulu sebelum kehilangan set pada game kedua. Dalam rubber set, regu yang kini berada di kedudukan 16 dunia itu mempamirkan aksi cemerlang dan memenang set terakhir tersebut.

Kini gandingan Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin akan berhadapan dengan wakil tuan rumah, China yang juga pemain pilihan utama Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping di final China Masters 2024 yang berlangsung pada Ahad.

Di peringkat separuh akhir, mereka telah menundukkan pemain negara Chen Tang Jie/Toh Ee Wei yang juga pemain pilihan keempat dengan straight set 21-18, 21-13 dalam masa 46 minit sahaja.

Ini merupakan pencapaian mereka yang terbaik setakat ini apabila berjaya mara ke final dalam musim 2024 untuk Super 750. Pada minggu lalu, mereka terkandas di Suku Akhir dalam aksi Masters Japan 2024 ketika berdepan dengan wakil Thailand.

Siaran Langsung Final China Masters 2024 Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi aksi final China Masters 2024 untuk kategori beregu campuran melibatkan satu-satunya wakil negara.

Perlawanan final akan berlangsung pada 23 November 2024, jam 1.00 tengah hari, hari Ahad dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Badminton 815 atau secara online di Sooka dan laman youtube rasmi BWF

[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 2
Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping (CHN)212521
Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin (MAS)232316

You Might Also Like

Leave a Comment