Kini waktu telah tiba bagi aksi final BWF World Tour Finals 2024 yang juga merupakan aksi terakhir untuk siri jelajah WTF untuk musim kali ini. Pemain manakah bakal bergelar juara untuk edisi ke-7 kali ini.
Lebih manis lagi untuk musim kali ini apabila kita mempunyai 2 wakil yang akan bermain di final iaitu menerusi beregu lelaki Goh Sze Fei/Nur Izzuddin dan beregu campuran Chen Tang Jie/Toh Ee Wei.

Untuk beregu lelaki yang juga digelar ‘FeiDin’, mereka berjaya mengenepikan wakil Indonesia di separuh akhir sebelum ini dengan memenangi perlawanan 17-21, 21-16, 27-25 dalam tempoh 81 minit.
Di final, mereka akan bertemu sekali lagi dengan pasangan Denmark Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen yang juga telah menawaskan mereka di peringkat kumpulan sebelum ini dalam aksi perlawanan pertama.
Manakala untuk untuk beregu campuran ChenToh, mereka akan bertemu wakil tuan rumah iaitu Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong di final. Mereka berjaya mara apabila menumpaskan rakan senegara, Goh Soo Nuat Lai Shevon Jemie di semi final dengan keputusan 21-15, 21-12.
Jadual Siaran Langsung Final BWF World Tour Finals 2024
Jadi jangan terlepas untuk saksikan semua perlawanan bagi aksi final BWF World Tour Finals 2024 termasuk pemain negara yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Ahad, 15 Disember 2024.
Perlawanan akan bermula pada pukul 2.00 petang secara bergilir-gilir untuk semua 5 kategori. Tayangan siaran langsung akan dibuat menerusi saluran Astro Badminton 815 dan juga live streaming di Sooka. [LIVE]
[WS] Perseorangan Wanita | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Han Yue (CHN) | 21 | 19 | 11 |
Wang Zhi Yi (CHN) | 19 | 21 | 21 |
[XD] Beregu Campuran | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (CHN) | 21 | 14 | 21 |
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) | 18 | 21 | 17 |
[WD] Beregu Wanita | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Baek Ha Na/Lee So Hee (KOR) | 21 | 21 | – |
Nami Matsuyama/Chiharu Shida (JPN) | 19 | 14 | – |
[MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Kim Astrup/Anders S Rasmussen (DEN) | 21 | 17 | 21 |
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) | 17 | 21 | 11 |
[MS] Perseorangan Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
Anders Antonsen (DEN) | 18 | 14 | – |
Shi Yu Qi (CHN) | 21 | 21 | – |
Adakah wakil negara berjaya merangkul gelaran juara dalam aksi final BWF World Tour Finals 2024 untuk buat kali pertama? Semoga berjaya