Jika sebelum ini, mata semua tertumpu kepada sukan badminton. Kali ini, debaran tersebut dialih untuk sukan Berbasikal Trek pula yang akan disertai oleh atlet Malaysia dalam temasya Olimpik Paris 2024.
BACA JUGA : Malaysia Raih 2 Pingat Gangsa Daripada Acara Badminton
Contents
Acara Sukan Berbasikal Trek Di Sukan Olimpik Paris 2024
Selain daripada badminton, Berbasikal Trek juga menjadi salah satu sukan prospek bagi menghadiahkan kilauan emas pertama negara dalam temaysa olimpik. Itulah satu-satunya misi negara dalam edisi kali ini.
Daripada sukan badminton, kita terlepas untuk gold medal, apabila hanya berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa menerusi gandingan Aaron Chia/Soh Wooi Yik dan pemain no. 1 negara, Lee Zii Jia.
Akan tetapi misi tersebut akan diteruskan untuk sukan Berbasikal Trek. Dalam Olimpik Paris, kontinjen negara akan menyertai 2 acara iaitu Pecut (Sprint) bagi lelaki dan wanita serta acara Keirin, juga untuk acara lelaki dan wanita.
Secara keseluruhan, ada 10 pingat emas ditawarkan menerusi 10 acara dalam sukan Berbasikal Trek untuk temasya kali ini iaitu daripada acara pecut berpasukan, pecut, keirin, kejar mengejar, omnium dan madison.
Barisan Atlet Malaysia Untuk Berbasikal Trek
Untuk sukan Berbasikal Trek, terdapat 3 atlet negara yang akan membawa cabaran untuk mendapatkan pingat emas pertama negara. Berikut merupakan senarai atlet dan acara yang disertai:
- Dato Azizulhasni Awang akan menyertai 2 acara iaitu Pecut Lelaki dan Keirin Lelaki
- Shah Firdaus Sahrom akan sertai 2 acara iaitu Pecut Lelaki dan Keirin Lelaki
- Nurul Izzah Izzati akan sertai 2 acara iaitu Pecut Wanita dan Keirin Wanita
Harapan besar pastinya dipikul oleh The Rocket Pocket Man iaitu Dato Azizulhasni Awang. Ini merupakan penyertaan kelima beliau dan dikatakan yang terakhir untuk sukan Olimpik. Setakat ini, beliau sudah peroleh pingat gangsa dan perak.

Siaran Langsung & Live Streaming Acara Berbasikal Trek Olimpik Paris 2024
Astro, RTM dan Unifi TV merupakan penyiar rasmi untuk temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang telah bermula sejak 27 Julai yang lalu sehingga 12 Ogos 2024 nanti.
Jadi anda boleh saksikan acara Berbasikal Trek menerusi saluran Astro Arena, TV Okey dan Unifi TV secara percuma. Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming di :
- Sooka : https://sooka.my/en/watch/channel/astro-arena/
- TV Okey : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/okey
- Unifi TV : https://unifi.com.my/tv/
Jadual Acara Berbasikal Trek Olimpik Paris 2024
Berikut merupakan jadual sukan Berbasikal Trek bagi acara pecut (sprint) dan keirin untuk lelaki dan wanita melibatkan atlet Malaysia
Pecut Lelaki – Dato’ Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom
Acara | Tarikh – Hari | Waktu Malaysia |
Pusingan Kelayakan | 7 Ogos – Rabu | 6.45 pm |
Pusingan 1/32 | 7 Ogos – Rabu | 8.30 pm |
Repecharge 1/32 | 7 Ogos – Rabu | 9.30 pm |
Pusingan 1/16 | 7 Ogos – Rabu | 11.30 pm |
Repecharge 1/16 | 8 Ogos – Khamis | 12.42 am |
Pusingan 1/8 | 8 Ogos – Khamis | 1.38 am |
Repecharge 1/8 | 8 Ogos – Khamis | 2.14 am |
Keirin Lelaki – Dato’ Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom
Acara | Tarikh – Hari | Waktu Malaysia |
Pusingan Pertama | 10 Ogos – Sabtu | 11.19 pm |
Suku Akhir | 11 Ogos – Ahad | 5.29 pm |
Separuh Akhir | 11 Ogos – Ahad | 6.29 pm |
Tempa ke-7 – ke-12 | 11 Ogos – Ahad | 7.23 pm |
Final | 11 Ogos – Ahad | 7.32 pm |
Keirin Wanita – Nurul Izzah Izzati
Acara | Tarikh – Hari | Waktu Malaysia |
Pusingan Pertama | 7 Ogos – Rabu | 7.26 pm |
Pusingan Repecharge | 7 Ogos – Rabu | 9.10 pm |
Sprint Wanita – Nurul Izzah Izzati
Acara | Tarikh – Hari | Waktu Malaysia |
Pusingan Kelayakan | 9 Ogos – Jumaat | 8.00 pm |
Pusingan 1/32 | 9 Ogos – Jumaat | 8.48 pm |
Repecharges 1/32 | 9 Ogos – Jumaat | 9.38 pm |
Pusingan 1/16 | 10 Ogos – Sabtu | 12.10 am |
Repecharges 1/16 | 10 Ogos – Sabtu | 12.58 am |
Dapatkan jadual dan keputusan penuh bagi semua acara sukan Berbasikal Trek di laman web rasmi Olimpik Paris disini.