Senarai Pemain Malaysia Di All England 2026

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
pemain malaysia di kejohanan all england 2026

Kejohanan Badminton All England 2026 dijadual membuka tirainya pada 3 Mac ini dengan menghimpunkan kelompok pemain badminton elit dunia untuk bersaing di Utilita Arena Birmingham.

All England diiktiraf sebagai kejohanan badminton paling lama bertahan dalam sejarah sukan ini, selain tergolong dalam senarai pertandingan paling berprestij di peringkat antarabangsa. Tahun 2026 merupaakn edisi ke-116.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1899, kejohanan ini kekal menjadi pentas utama buat barisan atlet terbaik dunia membuktikan keupayaan masing-masing dalam lima kategori yang dipertandingkan.

Statusnya sebagai kejohanan bertaraf Super 1000 dalam kalendar rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjadikan saingan ini antara yang paling bernilai dan dinanti-nantikan setiap musim.

Menjuarai All England merupakan cita-cita besar setiap pemain badminton profesional, termasuklah wakil dari Malaysia yang sentiasa memasang impian untuk mengharumkan nama negara.

Kali terakhir Malaysia meraih gelaran juara adalah menerusi Lee Zii Jia pada edisi 2021 apabila beliau menewaskan Viktor Axelsen dalam aksi final yang penuh mendebarkan.

Bagi edisi kali ini, kontinjen negara mempertaruhkan seramai 16 pemain untuk merealisasikan misi tersebut, dengan lapan daripadanya datang daripada acara beregu lelaki.

Kejohanan All England Open 2026

YONEX All England Open Badminton Championships 2026 akan berlangsung dari 3 hingga 8 Mac 2026 bertempat di Utilita Arena Birmingham, England.

Ini merupakan kejohanan ke-6 dalam kalendar siri BWF World Tour tahun ini yang mana menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD 1,450,000 atau sekitar RM5.7 juta.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan All England 2026

Berikut ialah senarai pemain Malaysia yang bakal turun beraksi di All England 2026:

Perseorangan Lelaki

  • Leong Jun Hao

Beregu Lelaki 

  • Aaron Chia/Soh Wooi Yik
  • Man Wei Chong/Tee Kai Wun
  • Goh Sze Fei/Nur Izzuddin Rumsani
  • Wan Arif Junaidi/Yap Roy King
  • Nur Azriyn Ayub/Tan Wee Kiong
  • Choong Hon Jian/Muhammad Haikal Nazri
  • Ong Yew Sin/Teo Ee Yi
  • Kang Khai Xing/Aaron Tai

Beregu Wanita

  • Pearly Tan/M. Thinaah
  • Ong Xin Yee/Carmen Ting

Beregu Campuran

  • Chen Tang Jie/Toh Ee Wei
  • Goh Soon Huat/Shevon Jemie Lai
  • Jimmy Wong/Lai Pei Jing
  • Hoo Pang Ron/Cheng Su Yin
  • Wong Tien Ci/Lim Chiew Sien

Untuk edisi All England 2026 kali ini, tiada wakil daripada kategori wanita.

You Might Also Like

Leave a Comment