Senarai pemain dalam kejohanan BWF World Tour Finals 2024 kini secara rasmi telah diumumkan.
8 pemain terbaik (top 8) sepanjang tahun 2024 layak ke kejohanan badminton paling berprestij didunia kini sudah diketahui bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
HSBC BWF World Tour Finals 2024 akan berlangsung di Hangzhou, China iaitu dari 11 hingga 15 Disember 2024 (Rabu – Ahad).
Setiap pemain akan berjuang bagi merebut gelaran juara dan sudah pastinya hadiah yang ditawarkan secara keseluruhan berjumlah USD 2.5 juta atau sekitar ~RM11. 2 juta.
Setiap negara hanya dibenarkan menghantar maksimum 2 pemain atau pasangan regu bagi setiap kategori. Juara Olimpik layak secara automatik ke final.
Contents
Senarai Penuh Pemain Layak Ke BWF World Tour Final 2024
Jika pada musim lalu, hanya 2 kategori atau sektor sahaja yang mempunyai wakil dari Malaysia, tetapi untuk tahun BWF World Tour Finals 2024 kali ini, 4 sektor mempunyai wakil daripada pemain badminton negara.
Semua sektor, Malaysia berjaya mempunyai wakil kecuali Perseorangan Wanita iaitu seramai 6 wakil. Daripada itu, perseorangan lelaki dan beregu wanita ada 1 wakil, beregu lelaki dan beregu campuran masing-masing mempunyai 2 wakil.
- Perseorangan Lelaki – Lee Zii Jia
- Beregu Lelaki – Aaron Chia/Soh Wooi Yik & Goh Sze Fei/Nur Izzuddin
- Beregu Wanita – Pearly Tan/Thinaah Muralitharan
- Beregu Campuran – Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie & Chen Tang Jie/Toh Ee Wei
Perseorangan Lelaki

- Anders Antonsen (Denmark)
- Shi Yu Qi (China)
- Chou Tien Chen (Chinese Taipei)
- Kodai Noraoka (Jepun)
- Kunlavut Vitidsarn (Thailand)
- Lee Zii Jia (Malaysia)
- Jonathan Christie (Indonesia)
- Li Shi Feng (China)
*Viktor Axelsen (Denmark) selaku wakil daripada juara Olimpik terpaksa menarik diri disaat-saat akhir akibat kecederaan dan diganti dengan Li Shi Feng (China) seperti yang diumumkan oleh BWF.
Perseorangan Wanita

- An Se Young (Korea Selatan) *Juara Olimpik
- Wang Zhi Yi (China)
- Hang Yue (China)
- Gregoria Mariska Tunjung (Indonesia)
- Aya Ohori (Jepun)
- Busanan Ongbamrungphan (Thailand)
- Supanida Katethong (Thailand)
- Akane Yamaguchi (Jepun)
Beregu Lelaki

- Lee Yang/Wang Chi Lin (Chinese Taipei) *Juara Olimpik
- Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen (Denmark)
- He Jin Ting/Ren Xiang Yu (China)
- Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto (Indonesia)
- Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (Malaysia)
- Lee Jhe Huei/Yang Po Hsuan (Chinese Taipei)
- Sabar Karyaman Gutama/Moh Reza Pahlevi Isfahani (Indonesia)
- Aaron Chia/Soh Wooi Yik (Malaysia)
Beregu Wanita

- Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (China) *Juara Olimpik
- Liu Sheng Shu/Tan Ning (China)
- Rin Iwanaga/Kie Nakanishi (Jepun)
- Baek Ha Na/Lee So Hee (Korea Selatan)
- Pearly Tan/Thinaah Muralitharan (Malaysia)
- Nami Matsuyama/Chiharu Shida (Jepun)
- Febriana Dwipuji Kusuma/Amallia Cahaya Prawiti (Indonesia)
- Treesa Jolly/Gayatri Gopichand Pullela (India)
Beregu Campuran

- Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (China) *Juara Olimpik
- Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin (China)
- Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (Malaysia)
- Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (Malaysia)
- Tang Chun Man/Tse Ying Suet (Hong Kong)
- Dejan Ferdinansyah/Gloria Emanuelle Widjaja (Indonesia)
- Yang Po Hsuan/Hu Ling Fang (Chinese Taipei)
- Hiroki Midorikawa/Natsu Saito (Jepun)
Wakil Korea Selatan, Kim Won Ho/Jeong Na Eun terpaksa menarik diri berikutan tersenarai dalam Khidmat Tentera dan diganti oleh regu Jepun iaitu Hiroki Midorikawa/Natsu Saito untuk mengisi kuota 8 terbaik dalam BWF World Tour Finals.
1 thought on “Selain Lee Zii Jia. Ini Senarai Penuh Pemain Layak Ke BWF World Tour Finals 2024 Hangzhou”