Senarai Hadiah Wang Tunai Yang Diterima Bagi Setiap Pasukan Dalam Piala Dunia FIFA 2026

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
hadiah wang tunai piala dunia fifa 2026

Hanya satu pasukan akan menjulang trofi Piala Dunia FIFA di Amerika Utara pada musim kali ini. Namun, 47 negara lain yang turut mengambil bahagian tetap akan membawa pulang ganjaran tersendiri.

Walaupun kejohanan Piala Dunia sering dikaitkan dengan semangat kesukanan dan kebanggaan mewakili negara, terdapat juga imbuhan kewangan yang menjadi antara tarikan utama buat para pemain serta pasukan bertanding.

FIFA telah mengumumkan dana hadiah terbesar dalam sejarah bagi edisi Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

BACA JUGA : Jadual Penuh Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Seperti dijangka, pasukan yang muncul juara akan menerima bahagian hadiah paling lumayan. Namun begitu, negara yang gagal mara ke peringkat kalah mati juga tetap memperoleh bayaran yang tidak kurang lumayan nya.

Jumlah Keseluruhan Wang Hadiah Piala Dunia FIFA 2026

FIFA mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan dana hadiah bagi Piala Dunia FIFA 2026 mencecah USD 727 juta, sekali gus mencipta rekod baharu dalam sejarah kejohanan tersebut.

Ini sekali gus menyaksikan peningkatan dana hadiah sebanyak 50% berbanding jumlah wang hadiah yang ditawarkan pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Berapakah Jumlah Wang Yang Diterima Juara Piala Dunia?

Pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Dunia FIFA 2026 akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD 50 juta (~RM203 juta).

Nilai tersebut meningkat sebanyak USD 8 juta berbanding ganjaran yang diterima Argentina selepas menjuarai edisi Piala Dunia 2022.

Senarai Hadiah Wang Tunai Yang Diperoleh Bagi Setiap Peringkat Dalam Piala Dunia FIFA 2026

Daripada juara sehinggalah pasukan yang menamatkan kejohanan di tangga ke-48, berikut merupakan pecahan jumlah wang hadiah yang ditawarkan bagi kejohanan Piala Dunia 2026.

  • Juara: USD 50 juta (RM203 juta)
  • Naib juara: USD 33 juta (RM134 juta)
  • Tempat ke-3: USD 29 juta (RM117 juta)
  • Tempat ke-4: USD 27 juta (RM109 juta)
  • Tempat ke-5 hingga ke-8: USD 19 juta (RM77 juta)
  • Tempat ke-9 hingga ke-16: USD 15 juta (RM60 juta)
  • Tempat ke-17 hingga ke-32: USD 11 juta (RM44 juta)
  • Tempat ke-33 hingga ke-48: USD 9 juta (RM36 juta)

Selain wang hadiah berdasarkan kedudukan akhir kejohanan, setiap pasukan yang berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 2026 turut akan menerima peruntukan sebanyak USD 1.5 juta (~RM6 juta) bagi menampung kos persiapan sebelum kejohanan bermula.

Ini bermakna setiap pasukan yang mengambil bahagian dijamin memperoleh sekurang-kurangnya USD 10.5 juta (USD 9 + USD 1.5) menerusi penyertaan mereka dalam kejohanan tanpa mengira pencapaian di atas padang.

Sangat mewah! Banyak duit FIFA ya…

Sumber : FIFA

You Might Also Like

Leave a Comment