Ini Senarai 27 Pemain Harimau Malaya Bagi Menghadapi Nepal Dalam Kempen Kelayakan Piala Asia

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
pemain harimau malaya

Harimau Malaya bersedia menghadapi cabaran Nepal pada 25 Mac depan dan telah menyenaraikan 27 pemain dalam skuad kali ini. Ianya merupakan barisan terbaru dibawah Ketua Jurulatih terbaru Peter Cklamovski.

Senarai yang diumumkan oleh jurulatih dari Australia ini menyaksikan beberapa kejutan, termasuk kehadiran beberapa muka baru dalam pasukan. Salah seorang pemain baharu yang dipanggil ialah pertahanan Selangor, Zikri Khalili, yang bakal beraksi bersama skuad kebangsaan.

Selain itu, beberapa pemain yang sebelum ini tidak dipilih untuk kejohanan Piala AMEC 2024 kembali mengisi senarai utama pasukan. Antara nama yang membuat kemunculan semula ialah Dion Cools, Natxo Insa, Afiq Fazail, Romel Morales, Arif Aiman Hanapi, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

Manakala antara yang dikekalkan dan masih mendapat kepercayaan, nama-nama seperti Paulo Josue, Endrick dos Santos, Safwan Mazlan, Haqimi Azim Rosli dan Stuart Wilkin.

Lebih menarik, Faisal Halim, Nazmi Faiz Mansor, Mohamadou Sumareh, Shahrul Saad dan Quentin Cheng turut dipanggil semula ke dalam skuad.

Faisal kembali memperkuatkan pasukan selepas kali terakhir bermain menentang Oman pada Mac tahun lalu, manakala Nazmi kembali selepas kali terakhir menyarung jersi kebangsaan pada September 2022.

Sumareh pula kembali menyertai skuad negara selepas beraksi dalam Piala Asia 2023, sementara Shahrul dan Quentin dipanggil semula selepas kali terakhir bermain masing-masing pada Mac 2024 dan Oktober 2023.

Malaysia dijadualkan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dalam kumpulan F bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Selasa, 25 Mac 2025.

You Might Also Like

Leave a Comment