Pertemuan epik Selangor vs JDT pada minggu ke-14 Liga Super 2024 semakin hampir. Perlawanan ini menjadi tumpuan ramai kerana mempertemukan dua pasukan gergasi Liga Super
Ianya juga merupakan satu-satunya perlawanan yang akan diadakan pada hari Ahad, 27 Oktober 2024, dengan waktu sepak mula pada 8.15 malam. Akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan live streaming di Sooka.
Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), lokasi yang sentiasa dipenuhi peminat setia setiap kali perlawanan besar berlangsung.
Bagi peminat yang tidak mahu terlepas menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium, tiket telah dijual secara atas talian menerusi tickethotline.com.my. Dengan harga hanya RM25 untuk tiket terbuka.

Contents
Keghairahan Menjelang Perlawanan
Pertembungan antara Selangor vs JDT bukan sekadar perlawanan biasa. Ia merupakan perlawanan yang dinantikan oleh seluruh peminat bola sepak Malaysia, terutama penyokong tegar kedua-dua pasukan.
Kedua-dua pasukan kini berada di tangga teratas liga, dengan JDT menguasai kedudukan pertama dengan 31 mata, manakala Selangor mengekori rapat di tangga kedua dengan 26 mata.
Kemenangan bagi Selangor mampu mengurangkan jurang mata dan menghidupkan peluang mereka dalam perebutan takhta liga.
Seteru di antara Selangor dan JDT telah berlangsung selama 10 tahun, menjadikan perlawanan ini lebih menarik untuk disaksikan.
Dengan sejarah persaingan yang panjang, kedua-dua pasukan dijangka akan memberi segalanya di atas padang untuk memenangi perlawanan penting ini.
Rekod Pertemuan Antara Selangor dan JDT
Musim ini, Selangor dan JDT telah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini. Pertemuan pertama dalam Piala Sumbangsih telah dibatalkan dan JDT diberikan kemenangan percuma.
Sementara itu, dalam final Piala FA, JDT menewaskan Selangor dengan keputusan besar 6-1, kemenangan yang mencatatkan detik pahit buat Selangor.
Namun, pertemuan kali ini dalam Liga Super memberi peluang kepada Selangor untuk bangkit dan membalas dendam di hadapan penyokong sendiri.
Selangor mempunyai kelebihan kecil kerana bermain di gelanggang sendiri, tetapi mereka tetap perlu berhati-hati dengan ancaman serangan JDT yang terkenal dengan kekuatan dan kelajuan permainan mereka.
Walaupun peluang Selangor untuk menang agak tipis, mereka dijangka akan bermain dengan strategi lebih defensif untuk sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata penting.
Jadual Dan Keputusan Perlawanan
Jadi jangan terlepas untuk saksikan Selangor vs JDT dalam saingan Liga Super 2024-2025 bagi minggu ke-14 yang berlangsung pada 27 Oktober ini di Stadium MBPJ.
FT : Selangor (0) – (3) JDT
- Romel Morales 30′
- Bergson da Silva 44′, 54′ (P)
Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium MBPJ
Siaran TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka
Perlawanan antara Selangor vs JDT ini dijangka penuh dengan aksi menarik dan detik mendebarkan. Peminat bola sepak tanah air tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menyaksikan pertembungan antara dua pasukan gergasi Malaysia ini.
Sama ada di stadium atau melalui siaran langsung, pastikan anda bersedia untuk menyaksikan perlawanan yang boleh menjadi penentu saingan Liga Super musim ini.