Siaran Langsung Sabah vs Kuching City Liga Super 2024 (Live Streaming)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
sabah vs kuching city

Kita bakal dapat saksikan ‘Derby Borneo’ dalam saingan Liga Super untuk musim 2024/2025 dimana mempertemukan Sabah vs Kuching City kali ini.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 25 Mei 2024, iaitu pada hari Sabtu bertempat di Stadium Likasi, Kota Kinabalu dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam.

Untuk pertama ini, Sabah terlebih dahulu menjadi tuan rumah dan akan melayan kunjungan Kuching City dan pastinya akan memihak kepada mereka.

Dengan bermain di tempat sendiri dan kemudian dihadapan penyokong setia mereka. The Rhinos pastinya tidak akan mensia-siakan peluang ini.

Mereka sudah tentu akan meneruskan momentum kemenangan yang diperoleh pada perlawanan sebelum ini. 3 mata sudah pasti dalam genggaman.

Akan tetapi, Kuching City juga sebenarnya bukan calang-calang pasukan kali ini. Mereka berjaya mengikat pasukan gergasi liga dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Pada match yang pertama, mereka berjaya seri ketika bertemu KL City meskipun bermain di tempat lawan. Kemudian sekali lagi meriah keputusan seri 2-2 bertemu Sri Pahang.

Sabah tidak seharusnya memandang rendah pasukan pelawat kali ini. Meskipun mereka berkelebihan, jangan lalai dan teruskan secara aturan yang telah ditetapkan oleh ketua jurulatih.

Siaran Langsung Sabah vs Kuching City – Live Streaming

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Liga Super 2024/2025 minggu ketiga (LS3) antara Sabah vs Kuching City pada 24 Mei ini bertempat di Stadium Likas.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi saluran Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Manakala untuk tontonan secara live streaming, boleh menggunakan platform Sooka. Hanya perlu langgan pas Sukan dengan harga RM26.90 sebulan.

Berikut merupakan jadual perlawanan yang bakal berlangsung pada Sabtu ini. Manakala keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

FT : Sabah (2) – (1) Kuching City

  • Pedro Henrique 64′
  • Darren Lok 74′ (P)
  • Jafri Firdaus Chew 85′

Masa : 8.15 pm
Venue : Stadium Likas
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

You Might Also Like

Leave a Comment