Siaran Langsung PSIS Semarang vs Sabah RCTI Premium Sport 2024 (Live Streaming)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
psis semarang vs sabah

Kejohanan jemputan RCTI Premium Sport 2024 kini sudah sampai ke penghujung. Selain aksi final, terdapat juga perlawanan PSIS Semarang vs Sabah yang mana perlawanan bagi merebut gelaran tempat ketiga kejohanan.

Aksi ini akan berlangsung pada 2 Jun 2024, hari Ahad bertempat di Jakarta International Stadium. Ianya akan berlangsung pada belah petang. Manakala hari dan venue yang sama turut berlangsung aksi final iaitu pada belah malam.

Selain aksi final merupakan Derbi Serumpun, penentuan tempat ketiga juga turut berlaku aksi derbi yang sama dan ianya merupakan tujuan sebenar perlawanan ini. Mempertemukan wakil negara masing-masing, Indonesia dan Malaysia untuk perlawanan kedua.

Aksi Perlawanan Pusingan Pertama

Pada perlawanan pertama, pasukan yang menang akan bermain di final dan seterusnya berpeluang untuk meraih trofi kejuaraan. Manakala untuk pasukan yang tewas pula, akan bermain di pusingan penentuan tempat ketiga.

Meskipun beraksi dengan baik pada perlawanan pertama, PSIS Semarang terpaksa akur apabila tewas 0-1 kepada Persija Jakarta. Manakala Sabah juga turut menerima nasib yang sama apabila tewas tipis 2-3 kepada Selangor.

Siaran Langsung PSIS Semarang vs Sabah (Live Streaming)

Sama seperti perlawanan melibatkan Selangor dan Persija Jakarta, untuk perlawanan antara PSIS Semarang vs Sabah ini turut akan disiarkan secara langsung iaitu menerusi live streaming di platform Vision+. Boleh layari laman web atau aplikasi mobile dan langgan.

Berikut merupakan jadual perlawanan mempertemukan PSIS Semarang vs Sabah untuk aksi penentuan tempat ketiga dalam kejohanan RCTI Premium Sport 2024. Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

2 Jun 2024 (Ahad)

FT : PSIS Semarang (1) – (2) Sabah

  • Jefry Ciew 39′
  • Habil 61′
  • Mohd Irfan 80′

Masa : 5.30 pm (MYT)
Venue : Jakarta International Stadium
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : Vision+

*Sabah FC muncul sebagai pemenang tempat ketiga untuk derbi serumpun dalam kempen RCTI Premium Sports 2024 kali ini. Tahniah!

You Might Also Like

Leave a Comment