Bakal berlangsung satu perlawanan iaitu melibatkan antara pilihan Selangor vs Singapura iaitu menerusi kejohanan Piala Sultan Selangor 2024 yang juga sebuah pertandingan bola sepak berprestij dan bersejarah.
Dalam hari yang sama juga, akan ada satu lagi perlawanan iaitu antara veteren Selangor vs veteran Singapura yang mana kita semua tahu kedua-dua pasukan ini merupakan seteru lama yang telah menjangkaui beberapa dekad.
Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung pada 17 Ogos 2024, hari Sabtu bertempat di Stadium Merdeka yang mana sebuah venue yang penuh dengan sejarah dan cukup terkenal dengan warisan bola sepaknya yang tersendiri.
Selain daripada kehadiran penonton, penyokong Selangor khususnya boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran RTM di Sukan RTM. Bagi yang tiada siaran ini, anda boleh tonton secara live streaming di RTM Klik secara percuma.
Contents
Perlawanan Piala Sultan Selangor 2024
Dalam kejohanan Piala Sultan Selangor 2024, terdapat 2 perlawanan yang bakal berlangsung iaitu antara pilihan Selangor vs pilihan Singapura dan juga veteran Selangor vs veteran Singapura.

Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan pilihan Selangor vs pilihan Singapura yang bersaing dalam Piala Sultan Selangor 2024 pada Sabtu, 17 Ogos ini.
FT : Selangor (2) – (1) Singapura
- Ronnie Fernandez 82′
- Faris Ramli 87′
- Alvin Fortes 90+1′
Masa : 9.00 mlm
Venue : Stadium Merdeka
Tayangan TV : Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik
FT : Veteran Selangor (2) – (1) Veteran Singapura
- Datuk Zainal Abidin 3′
- Asmawi Bakiri 18′
- Dalis Supait 90+1′
Masa : 8.00 mlm
Venue : Stadium Merdeka
