Jadual & Keputusan Piala Sudirman 2025 (Pasukan Malaysia)

By adminolasukan

Published On:

Follow Us
piala sudirman / sudirman cup 2025

Piala Sudirman atau Sudirman Cup 2025 yang juga digelar dengan TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2025 kini sudah memasuki edis ke-19 yang mana kali pertama dipertandingkan pada tahun 1989.

Kejohanan badminton dwi-tahunan ini merupakan acara yang mempertandingkan pasukan bercampuran kebangsaan. Berbeza berbanding dengan Thomas Cup atau Uber Cup yang mana masing-masing mempertaruhkan kategori lelaki dan wanita sahaja.

BACA JUGA : Kalendar Badminton Sepanjang Tahun 2025

Untuk edisi kali ini, Piala Sudirman akan berlangsung dari 27 April hingga 4 Mei 2025 bertempat di Xiamen, China. Kali ini juga, sebanyak 16 pasukan yang akan mengambil bahagian dari seluruh dunia termasuk pasukan Malaysia.

Undian Peringkat Kumpulan Piala Sudirman 2025

Berikut merupakan undian peringkat kumpulan bagi semua pasukan yang terlibat dalam kejohanan Piala Sudirman 2025 :

  • Kumpulan A – China, Thailand, Hong Kong, Algeria
  • Kumpulan B – Korea Selatan, Chinese Taipei, Kanada, Czech Republic
  • Kumpulan C – Jepun, Malaysia, Perancis, Australia
  • Kumpulan D – Indonesia, Denmark, India, England

Setiap pasukan akan beraksi secara round-robin 1 pusingan dalam setiap kumpulan. Pasukan yang berada di top 2 setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati bermula di pusingan suku akhir. Kemudian separuh akhir dan final.

Pemain Malaysia Yang Mengambil Bahagian

Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia yang mengambil bahagian dalam Sudirman Cup 2025

Pemain Lelaki

Pemain Wanita

Chen Tang Jie

Cheng Su Yin

Aaron Chia

Go Pei Kee

Goh Soon Huat

Goh Jin Wei

Justin Hoh

Lai Shevon Jemie

Hoo Pang Ron

Karupathevan Letshanaa

Nur Izzuddin

Pearly Tan

Leong Jun Hao

Thinaah Muralitaran

Man Wei Chong

Carmen Ting

Soh Wooi Yik

Toh Ee Wei

Kai Wun Tee

Siaran Langsung Piala Sudirman 2025

Peminat sukan badminton di tanah air pastinya teruja untuk menyaksikan pemain negara beraksi dalam kejohanan berprestij ini nanti. Pastinya ramai tidak sabar untuk mengetahui sejauh mana pasukan badminton kebangsaan mampu mara dalam edisi kali ini.

Jadi anda boleh saksikan kejohanan Sudirman Cup 2025 secara langsung menerusi saluran Astro iaitu di Astro Arena 2 (802), Astro Badminton 1 (815) dan Astro Badminton 2 (816). Tiada tayangan langsung di RTM.

Tapi bagi yang tiada Astro, anda boleh tonton secara live streaming di platform Sooka sama ada di website https://sooka.my/ atau aplikasi mobile. Juga tersedia di laman youtube rasmi BWF secara percuma di https://www.youtube.com/@bwftv

Jadual & Keputusan Piala Sudirman 2025

Berikut merupakan senarai jadual perlawanan yang hanya melibatkan pasukan Malaysia dan pasukan dalam Kumpulan C sepanjang kejohanan. Manakala keputusan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PERINGKAT KUMPULAN

28 April 2025 (Isnin) – Bermula 9.30 am

  • Jepun (5) – (0) Australia
  • Malaysia (5) – (0) Perancis
[MD] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS)2121
Mael Cattoen/Lucas Renoir (FRA)119
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
Goh Jin Wei (MAS)2121
LeOnice Huet (FRA)1019
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Leong Jun Hao (MAS)2221
Arnaud Merkle (FRA)2019
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Pearly Tan/Thinaah M (MAS)2121
Margot Lambert/Camille Pognante (FRA)1310
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS)2121
Gregoire Deschamp/Elsa Jacob719

29 April 2025 (Selasa) – Bermula 9.30 am

  • Jepun (5) – (0) Perancis
  • Malaysia (4) – (1) Australia
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS)2121
Ricky Tang/Gronya Somerville (AUS)812
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Justin Hoh (MAS)2121
Shrey Dhand (AUS)915
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
K Letshanaa (MAS)2121
Kai Qi Teoh (AUS)68
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)2121
Jack Yu/Frederick Zhao (AUS)89
[WD] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
Gi Pei Kee/Carmen Ting (MAS)1518
Gronya Somerville/Angela Yu (AUS)2121

*Malaysia berjaya mara ke suku akhir meskin berbaki satu lagi perlawanan

1 Mei 2025 (Khamis) – Bermula 9.30 am

  • Perancis vs Australia (5.00 pm)
  • Jepun (3) – (2) Malaysia
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
H Midorikawa/Arisa Igarashi (JPN)1918
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS)2121
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Kodai Naraoka (JPN)82118
Leong Jun Hao (MAS)211321
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
Tomoka Miyazaki (JPN)2121
Goh Jin Wei (MAS)1417
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Takuro Hoki/Yugo Kobayashi (JPN)122223
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS)212021
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Nami Matsuyama/Chiharu Shida (JPN)211821
Pearly Tan/Thinaah M (MAS)182118

Pasukan-Pasukan yang layak ke Suku Akhir :

  • Juara – China, Korea Selatan, Jepun & Indonesia
  • Naib Juara – Thailand, Chinese Taipei, Malaysia, Denmark

SUKU AKHIR

2 Mei 2025 (Jumaat) – Bermula 9.30 am

  • Jepun (3) – (0) Chinese Taipei
  • China (3) – (0) Malaysia

*Malaysia tewas, sekali gus gagal mara ke pusingan seterusnya

[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Feng Yang Zhe/Huang Dong Ping (CHN)2121
Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS)1717
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Shi Yu Qi (CHN)2121
Leong Jun Hao (MAS)614
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
Chen Yu Fei (CHN)2121
K Letshanaa (MAS)87
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN)
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS)
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Liu Sheng Shu/Tan Ning (CHN)
Pearly Tan/Thinaah M (MAS)

2 Mei 2025 (Jumaat) – Bermula 5.00 pm

  • Thailand (1) – (3) Indonesia
  • Denmark (1) – (3) Korea

SEPARUH AKHIR

3 Mei 2025 (Sabtu)

  • China (3) – (0) Jepun – 9.30 am
  • Korea (3) – (2) Indonesia – 5.00 pm

FINAL

4 Mei 2025 (Ahad)

  • China (3) – (1) Korea – 2.00 pm
[XD] Beregu CampuranSet 1Set 2Set 3
Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping (CHN)211721
Seo Seung Jae/Chae Yu Jung (KOR)162115
[WS] Perseorangan WanitaSet 1Set 2Set 3
Wang Zhi Yi (CHN)1716
An Se Young (KOR)2121
[MS] Perseorangan LelakiSet 1Set 2Set 3
Shi Yu Qi (CHN)2121
Jeon Hyeok Jin (KOR)55
[WD] Beregu WanitaSet 1Set 2Set 3
Liu Sheng Shu/Tan Ning (CHN)2121
Baek Ha Na/Lee So Hee (KOR)1417
[MD] Beregu LelakiSet 1Set 2Set 3
Liang Wei Keng/Wang Chang (CHN)
Kim Won Ho/Seo Seung Jae (KOR)

SENARAI PEMENANG

  • Emas – China
  • Perak – Korea Selatan
  • Gangsa – Indonesia & Jepun

Bagi anda yang ingin ketahui jadual dan keputusan penuh lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web BWF di https://bwfsudirmancup.bwfbadminton.com/

You Might Also Like

1 thought on “Jadual & Keputusan Piala Sudirman 2025 (Pasukan Malaysia)”

Leave a Comment