Selepas barisan pemain bersaing selama 6 hari, kini sudah ketahui siapakah yang bergelar juara sekali gus menjadi pemenang Singapore Open untuk tahun 2024 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Kejohanan Super 750, KFF Singapore Badminton Open 2024 telah berlangsung dari 28 Mei hingga 2 Jun 2024 bertempat di Singapore Indoor Stadium.
BACA JUGA : Jadual Penuh Singapore Open 2024
Ianya merupakan kejohanan ketiga belas (13th tournament) dalam senarai dan kalendar siri BWF World Tour 2024 selepas Malaysia Masters. Menawarkan mata ranking yang tinggi beserta hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan USD 850,000 atau sekitar RM4 juta.

Dalam Singapore Open 2024 tiada peringkat kelayakan [Q]. Pemain badminton yang layak akan terus ke pusingan 32 iaitu pusingan awal. Diikuti di pusingan 16 (round of 16), suku akhir, separuh akhir dan final.
Seperti dalam mana-mana pertandingan badminton juga, terdapat 5 kategori yang dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki [MS], perseorangan wanita [WS], beregu lelaki [MD], beregu wanita [WD] dan beregu campuran [XD].
Contents
Siaran Langsung Kejohanan Singapore Open 2024
Selain menonton di stadium bagi pasukan tuan rumah, kejohanan ini turut disiarkan secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Supersport 4 (814) dan Astro Go khusus untuk penonton di Malaysia.
Bukan itu sahaja, selain daripada menonton di tv, orang ramai turut boleh tonton secara live streaming di platform youtube rasmi BWF.
Senarai Juara Dan Pemenang Singapore Open 2024
Berikut merupakan senarai pemenang Singapore Open 2024 dan gelaran juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Untuk peringkat final, ianya telah dimainkan pada 2 Jun 2024 (Ahad).
Untuk edisi 2024, semua wakil negara hanya berjaya sehingga ke peringkat suku akhir. Tiada wakil di separuh akhir hingga final.
[Perseorangan Lelaki]
- Juara : Shi Yu Qi (CHN)
- Naib Juara : Li Shi Feng (CHN)
[Perseorangan Wanita]
- Juara : An Se Young (KOR)
- Naib Juara : Chen Yu Fei (CHN)
[Beregu Lelaki]
- Juara : He Ji Ting/Ren Xiang Yu (CHN)
- Naib Juara : Fajar Alfian [7]/Muhammad Rian Ardianto (INA)
[Beregu Wanita]
- Juara : Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (CHN)
- Naib Juara : Nami Matsuyama/Chiharu Shida (JPN)
[Beregu Campuran]
- Juara : Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (CHN)
- Naib Juara : Yang Po Hsuan/Hu Ling Fang (TPE)
Pemenang Singapore Open 2023
- Perseorangan Lelaki [MS] – Anthony Sinisuka Ginting (INA)
- Perseorangan Wanita [WS] – An Se Young (KOR)
- Beregu Lelaki [MD] – Takuro Hoki/Yugo Kabayashi (JPN)
- Beregu Wanita [WD] – Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (CHN)
- Beregu Campuran [XD] – Mathias Christiansen/Alexandra Boje (DEN)