Selepas berlangsung selama 6 hari, kini sudah terjawab pemain manakah bergelaran juara sekali gus menjadi pemenang Malaysia Masters 2024 untuk setiap kategori yang dipertandingkan.
Kejohanan Super 500, PRODUA Malaysia Masters 2024 telah berlangsung dari 21 hingga 26 Mei 2024 bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Ianya merupakan kejohanan kedua belas (12th tournament) dalam kalendar siri BWF World Tour 2024. Menawarkan mata rangking dan hadiah wang tunai berjumlah $420,000 atau sekitar RM2 Juta.
Malaysia Masters 2024 bermula saingan daripada peringkat kelayakan [Q] yang melibatkan beberapa kategori. Bagi yang berjaya, akan mara terus ke peringkat awal di pusingan 32. Diikuti pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan final.
Seperti biasa, kategori yang dipertandingkan ialah perseorangan lelaki [MS], perseorangan wanita [WS], beregu lelaki [MD], beregu wanita [WD] dan beregu campuran [XD].
Contents
Siaran Langsung Kejohanan Malaysia Masters 2024
Ramai yang telah menghadirkan diri ke venue perlawanan bagi menyaksikan sendiri dengan lebih dekat aksi-aksi pemain badminton bertaraf dunia bagi merebut gelaran juara.
Bukan itu sahaja, bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, boleh juga tonton secara langsung di saluran Astro Supersport 814 atau secara online di Astro Go atau live streaming di youtube rasmi BWF.
Senarai Juara Dan Pemenang Malaysia Masters 2024
Berikut merupakan senarai pemenang Malaysia Masters 2024 dan gelaran juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan untuk peringkat final yang berlangsung pada 26 Mei 2024 (Ahad):
[Perseorangan Lelaki]
- Juara : Viktor Axelsen (DEN)
- Naib Juara : Lee Zii Jia (MAS)
[Perseorangan Wanita]
- Juara : Wang Zhi Yi (CHN)
- Naib Juara : Pusarla V. Sindhu (IND)
[Beregu Lelaki]
- Juara : Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen (DEN)
- Naib Juara : Jin Yong/Na Sung Seung (KOR)
[Beregu Wanita]
- Juara : Rin Iwanaga/Kir Nakanishi (JPN)
- Naib Juara : Lee Yu Lim/Shin Seung Chan (KOR)
[Beregu Campuran]
- Juara : Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS)
- Naib Juara : Rinov Rivaldy/Pitha Haningtyas Mentari (INA)
Pemenang Malaysia Masters 2023
- Perseorangan Lelaki [MS] – Prannoy H. S (IND)
- Perseorangan Wanita [WS] – Akane Yamaguchi (JPN)
- Beregu Lelaki [MD] – Kang Min Hyuk/Seo Seung Jae (KOR)
- Beregu Wanita [WD] – Baek Ha Na/Lee So Hee (KOR)
- Beregu Campuran [XD] – Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai (THA)