Selepas para pemain badminton bertarung selama 6 hari, akhirnya diumumkan juara dan senarai pemenang Indonesia Open 2024 dalam setiap kategori yang dipertandingkan sepanjang kejohanan.
BACA JUGA : Jadual Penuh & Keputusan Indonesia Open 2024
Menjadi antara tumpuan ramai, Kapal Api Indonesia Open 2024 merupakan acara Super 1000 yang mana telah berlangsung dari 4 hingga 9 Jun 2024 bertempat di Istora Bung Karno, Jakarta Indonesia.
Berdasarkan kalendar badminton, kejohanan ini merupakan yang ke-15 bagi siri BWF World Tour 2024 selepas Singapore Open sebelum ini. Menawarkan mata rangking tertinggi beserta hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan USD 1,300,000 atau sekitar RM6 juta.

Meskipun edisi kali ini tidak diwarnai oleh pemain no. 1 dunia perseorangan lelaki, Viktor Axelsen yang juga juara bertahan atas faktor kecederaan, tetapi masih ramai lagi pemain top dunia yang mengambil bahagian dan bertarung sehingga ke final.
Seperti dalam mana-mana pertandingan badminton juga dimana, terdapat 5 kategori yang dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki [MS], wanita [WS], beregu lelaki [MD], wanita [WD] dan campuran [XD].
Contents
Siaran Langsung Kejohanan Indonesia Open 2024
Untuk Indonesia Open kali ini, peminat dan penonton sukan badminton di Malaysia dapat menyaksikan aksi-aksi hebat pemain-pemain bertarung di dalam gelangang secara langsung menerusi Astro Supersport 4 (814) dan Astro Go.
Selain menonton di tv, peminat-peminat juga boleh saksikan secara live streaming menerusi platform youtube rasmi BWF https://www.youtube.com/@bwftv secara percuma untuk court terpilih.
Juara Dan Senarai Pemenang Indonesia Open 2024
Berikut merupakan senarai juara bagi setiap kategori dan pemenang Indonesia Open 2024. Untuk aksi final, ianya telah berlangsung dan dimainkan pada 9 Jun 2024 (Ahad). Berikut merupakan senarai penuh pemenang.
[Perseorangan Lelaki]
- Juara : Shi Yu Qi (CHN)
- Naib Juara : Anders Antonsen (DEN)
[Perseorangan Wanita]
- Juara : Chen Yu Fei (CHN)
- Naib Juara : An Se Young (KOR)
[Beregu Lelaki]
- Juara : Liang Wei Kang/Wang Chang (CHN)
- Naib Juara : Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS)
[Beregu Wanita]
- Juara : Baek Ha Na/Lee So Hee (KOR)
- Naib Juara : Chen Qing Chen/Jia Yi Fan (CHN)
[Beregu Campuran]
- Juara : Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin (CHN)
- Naib Juara : Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (CHN)
Pemenang Indonesia Open 2023
- Perseorangan Lelaki – Viktor Axelsen (DEN)
- Perseorangan Wanita – Chen Yu Fei (CHN)
- Beregu Lelaki – Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty (IND)
- Beregu Wanita – Baek Ha Na/Lee So Hee
- Beregu Campuran – Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong