Dalam aksi final, pastinya keputusan akhir diketahui siapakah yang pulang sebagai juara dan sekali gus menjadi pemenang Australia Open 2024 untuk setiap kategori yang dipertandingkan selama 6 hari tersebut.
Kejohanan Super 500, Sathio Group Australia Open 2024 telah berlangsung dari 11 hingga 16 Jun 2024 bertempat di bumi Kangaroo iaitu di State Sports Centre, Sydney Australia.
BACA JUGA : Jadual & Keputusan Penuh Australia Open 2024
Ianya merupakan kejohanan keenam belas (16th tournament) berdasarkan kalendar siri BWF World Tour untuk edisi 2024. Menawarkan mata rangking disamping hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan sehingga USD 420,000 (~RM2 Juta).

Untuk saingan Australia Open 2024, ianya bermula daripada peringkat kelayakan [Q] dengan melibatkan beberapa kategori. Bagi pemain yang berjaya, mereka akan terus mara ke pusingan pertama di Round of 32.
Seperti biasa, lima kategori yang dipertandingkan dalam setiap kejohanan badminton iaitu perseorangan lelaki [MS], perseorangan wanita [WS], beregu lelaki [MD], beregu wanita [WD] dan beregu campuran [XD].
Contents
Siaran Langsung Kejohanan Australia Open 2024
Untuk kejohanan kali ini, rakyat Australia terutamanya di Sydney berpeluang untuk menyaksikan perlawanan ini secara dekat. Dapat melihat aksi pemain badminton handalan dunia pada setiap hari perlawanan.
Tapi untuk yang jauh, mereka juga berkesempatan untuk menonton kejohanan ini secara langsung di kaca tv. Ianya disiarkan menerusi Astro Supersport 4 (814) serta secara live streaming di Sooka dan youtube rasmi BWF.
Juara Dan Senarai Pemenang Australia Open 2024 (Badminton)
Berikut merupakan senarai pemenang Australia Open 2024 dan gelaran juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Aksi final telah berlangsung pada 16 Jun 2024 (Ahad).
[Perseorangan Lelaki]
- Juara : Lee Zii Jia (MAS)
- Naib Juara : Kodai Naraoka (JPN)
[Perseorangan Wanita]
- Juara : Aya Ohori (JPN)
- Naib Juara : Ester Nurumi Tri Wardoyo (INA)
[Beregu Lelaki]
- Juara : He Ji Ting/Ren Xiang Yu (CHN)
- Naib Juara : Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (INA)
[Beregu Wanita]
- Juara : Febrina D Kusuma/A Cahaya Prawiti (INA)
- Naib Juara : Lai Pei Jing/Lim Chiew Sien (MAS)
[Beregu Campuran]
- Juara : Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin (CHN)
- Naib Juara : Guo Xin Wa/Chen Fang Hui (CHN)
Pemenang Australia Open 2023
- Perseorangan Lelaki – Weng Hong Yang (CHN)
- Perseorangan Wanita – Beiwen Zhang (USA)
- Beregu Lelaki – Kang Min Hyuk/Seo Seung Jae (KOR)
- Beregu Wanita – Kim So Yeong/Kong Hee Yong (KOR)
- Beregu Campuran – Feng Yan Zhe/Huang Dong Ping (CHN)