Perlawanan minggu ketujuh (LS7) bagi saingan Liga Super 2024/2025 diteruskan lagi untuk hari kedua dan antara perlawanan yang berlangsung adalah PDRM vs JDT.
Seperti dijadualkan, perlawanan ini akan berlangsung pada hari Rabu, 31 Julai 2024 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam.
Anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 (802) atau boleh juga tonton secara live streaming di platform Sooka sama ada di web atau aplikasi mobile.

Rekod Pertemuan PDRM vs JDT
Ini merupakan pertemuan pertama untuk kedua-dua pasukan dalam musim terbaru ini. Jadi masing-masing pastinya teruja untuk menguji kekuatan dalam perlawanan ini.
Untuk rekod 3 perlawanan terakhir, kesemuany dimenangi oleh Johor Darul Ta’zim baik bermain di home atau away.
Pada musim 2023, selain bertemu dalam aksi saingan liga, PDRM vs JDT juga pernah berlaku untuk saingan Piala Malaysia ketika pusingan 16 terbaik.
Dua persoalan terutamanya ketika sebua pasukan bertemu JDT. Adakah pasukan lawannya iaitu PDRM mampu untuk mencipta kejutan? Atau adakah PDRM mampu untuk menjaringkan gol nanti?
Jadual Dan Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual perlawanan antara PDRM vs JDT dalam aksi Liga Super 2024/2025 bagi minggu ketujuh (LS7) yang berlangsung pada 31 Julai ini, hari Rabu
FT : PDRM (1) – (1) JDT
- Shahrel Fikri 22′
- Oscar Arribas 32′
Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Majlis Perbandaran Selayang
TV : Astro Arena 2
Live Streaming : Sooka