Siaran Langsung Malaysia vs Singapura Di Piala AMEC 2024 (Live Streaming)

By adminolasukan

Updated On:

Follow Us
malaysia vs singapura

Malaysia vs Singapura merupakan perlawanan keempat dan terakhir untuk skuad Harimau Malaya dalam peringkat kumpulan ASEAN Mitsubishi Electric Cup (AMEC) 2024.

Perlawanan ini bukan sekadar aksi biasa tetapi perlawanan yang penting dan kritikal bagi kedua-dua pasukan. Pasukan yang memenangi perlawanan ini berpotensi besar untuk mara ke peringkat kalah mati di separuh akhir.

Dalam masa yang sama, pertemuan antara Thailand dan Kemboja turut berlangsung. Thailand telah mengesahkan tempat di separuh akhir, manakala Kemboja masih mempunyai peluang jika berjaya menewaskan Thailand dengan margin gol yang besar.

Cara Malaysia Berjaya Mara Ke Separuh Akhir

Setakat ini, Malaysia berada di tangga keempat Kumpulan A dengan 4 mata, jumlah yang sama seperti Kemboja di tangga ketiga. Singapura pula menghuni tangga kedua dengan 6 mata.

Untuk mara ke separuh akhir, Malaysia wajib menang ke atas Singapura tanpa mengira apa cara sekalipun. Kemenangan ini juga perlu diiringi dengan harapan bahawa Kemboja tidak memenangi perlawanan mereka melawan Thailand dengan jumlah jaringan yang besar.

Sebaliknya, jika Malaysia hanya mampu seri atau tewas kepada Singapura, impian untuk mara ke peringkat seterusnya dalam kejohanan dwi-tahunan ini akan terkubur. Terpaksa pulang lebih awal.

Oleh itu, perlawanan ini merupakan ujian sebenar buat skuad Harimau Malaya, yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Paul Marti, untuk membuktikan kemampuan mereka untuk berjaya dalam kempen kali ini.

malaysia vs singapura

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Singapura

Malaysia vs Singapura, dua negara jiran, sering bertemu dalam pelbagai perlawanan, sama ada di peringkat antarabangsa mahupun kejohanan serantau.

Sejak tahun 1948, Malaysia dan Singapura telah bertemu sebanyak 82 kali, menjadikan perlawanan ini dikenali sebagai Derbi Tambak atau Causeway Derby. Daripada jumlah tersebut, Malaysia mencatatkan 32 kemenangan, seri 22 kali, dan tewas sebanyak 28 kali.

Pertemuan kali ke-83 ini adalah peluang penting bagi skuad Harimau Malaya untuk mencatat kemenangan, sekali gus memastikan perjalanan mereka dalam kejohanan ini terus hidup.

Kemenangan dalam perlawanan ini bukan sahaja penting untuk mara, tetapi juga sebagai suntikan semangat untuk menghadapi peringkat seterusnya.

Jadual Dan Siaran Langsung Malaysia vs Singapura

Perlawanan Malaysia vs Singapura dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2024, hari Jumaat, pukul 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Untuk merealisasikan impian kemenangan, selain kehebatan Harimau Malaya beraksi di atas padang, sokongan padu dari para penyokong di stadium juga memainkan peranan besar.

Oleh itu, kepada yang berkesempatan, jangan lupa hadir dan penuhkan stadium malam perlawanan nanti! Dapatkan segera tiket perlawanan yang kini masih dijual. Anda boleh dapatkan secara online di https://www.tickethotline.com.my/

Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke stadium, jangan risau! Perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung di saluran televisyen Astro Arena 803. Selain itu, anda juga boleh menonton secara live streaming melalui platform Sooka.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan aksi sengit ini yang bakal menentukan nasib skuad Harimau Malaya di kejohanan Piala AMEC 2024 (Piala AFF). Dengan strategi yang tepat, sokongan penyokong, dan semangat pemain, Malaysia mampu mencipta sejarah dalam perlawanan ini.

Keputusan Perlawanan

FT : Malaysia (0) – (0) Singapura

Masa : 9.00 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Astro Arena 801
Live Streaming : Sooka

Jangan lupa saksikan perlawanan Malaysia vs Singapura ini secara langsung dan berikan sokongan terbaik untuk pasukan kebanggaan kita. Ayuh Harimau Malaya, kita gegarkan Bukit Jalil!

You Might Also Like

Leave a Comment