Malaysia vs Lubnan akan berentap dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 9 September 2024, hari Ahad, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pertemuan ini pastinya dinanti-nantikan kerana ia bakal menjadi perlawanan penentu kejuaraan bagi kedua-dua pasukan dalam kejohanan ini. Malaysia berharap dapat merangkul gelaran juara buat kali ke-11, manakala Lubnan pula ingin mencipta sejarah dengan kejuaraan sulung mereka.
Selain perlawanan akhir, satu lagi perlawanan yang turut berlangsung pada hari yang sama bagi menentukan tempat ketiga antara Filipina dan Tajikistan.
Walaupun fokus utama pastinya tertumpu kepada match Malaysia-Lubnan, perlawanan ini tetap juga menarik perhatian sebagai penutup kejohanan edisi kali ini.

Contents
Head-to-Head Perlawanan Antara Malaysia vs Lubnan
Untuk rekod, Malaysia dan Lebanon pernah bertemu sebanyak dua kali, kedua-duanya ketika kelayakan Piala Asia 2019 di peringkat kumpulan. Dalam kedua-dua perlawanan itu, Lubnan berjaya menewaskan Malaysia dengan keputusan yang sama, 2-1.
Ini menjadikan pertemuan kali ketiga mereka dalam perlawanan akhir ini sebagai satu peluang besar untuk Malaysia menebus kekalahan sebelum ini dan melakar kemenangan bersejarah, sekali gus meriah kejuaraan.
Jika dilihat pada ranking FIFA terkini, Lubnan menduduki tempat ke-116, manakala Malaysia berada di tangga ke-134. Walaupun terdapat jurang dari segi kedudukan, Malaysia pasti akan memberi cabaran sengit sehingga tamat perlawanan.
Perjalanan Separuh Akhir Pestabola Merdeka 2024
Di peringkat separuh akhir sebelum ini, Malaysia berhadapan dengan Filipina dalam perlawanan yang sengit sepanjang 90 minit.
BACA JUGA : Malaysia Melakar Kemenangan Keatas Filipina Dalam Aksi Pertama Pestabola Merdeka 2024

Filipina memberi tentangan hebat, tetapi Malaysia berjaya mengatasinya dengan keputusan 2-1. Gol kemenangan Malaysia dijaringkan oleh Syamer Kutty Abba dan Safawi Rasid, dengan Safawi menyempurnakan sepakan penalti yang memastikan tempat Malaysia di final.
Lubnan pula mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan juara bertahan, Tajikistan, dengan jaringan tunggal 1-0. Perlawanan ini juga menarik, namun Lubnan berjaya bertahan hingga ke wisel penamat, memastikan mereka berada di final buat kali pertama dalam sejarah kejohanan ini.
Siaran Langsung Malaysia vs Lubnan Pestabola Merdeka 2024
Peminat bola sepak di seluruh negara boleh menyaksikan perlawanan akhir ini secara langsung melalui pelbagai platform yang disediakan sama seperti pusingan separuh akhir sebelum ini.
Siaran langsung akan ditayangkan di Astro Arena 801, Astro Arena Bola 803, dan juga di saluran TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, peminat juga boleh menonton secara live streaming melalui aplikasi Sooka dan RTM Klik secara percuma.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan keputusan perlawanan yang berlangsung pada 8 September 2024 dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024
FT : Malaysia (1) – (0) Lubnan |
Penjaring : Romel Morales 33′ |
Perlawanan akhir Malaysia vs Lubnan ini bakal menjadi penentu sama ada skuad Harimau Malaya mampu mengembalikan kejayaan ke tanah air semula atau Lubnan akan mencipta sejarah dengan kemenangan pertama mereka.
Dengan sokongan padu daripada penyokong Malaysia dan semangat juang yang tinggi, skuad Harimau Malaya pasti mampu untuk mengharungi perlawanan ini dengan baik.